in

Owner Rumah ‘Mengigil’ Tengok CCTV, Nampak Kelibat Individu Cuba Ceroboh Rumah?

Cctv 6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah yang berlaku di kawasan perumahan dan pastinya pemilik rumah perlu lebih berjaga-jaga.

Baru-baru ini, tular di TikTok satu rakaman video litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan perumahan. Kejadian itu berlaku pada 24 Ogos 2024, sekitar jam 9 pagi.


Masuk pagar belakang rumah?

Pada mulanya, lelaki tersebut berjalan sambil memegang sebatang penyapu di kawasan belakang rumah sebelum dia cuba untuk membuka pagar lalu masuk tanpa kebenaran.

Artikel berkaitan: Suspek Curi Kereta Sempat Ceroboh Rumah Orang, Kurung Penghuni Dalam Bilik Sebelum Diberkas Polis

Artikel berkaitan: Kes Selamba Ceroboh Rumah Kosong, 3 Warga Bangladesh Ditahan Polis

Enam minit selepas itu, nampak kelibat dia sedang berjalan di bahagian luar depan rumah dan terus memanjat pagar rumah tersebut. Ketika itu, dia turut memegang sebatang tukul dan alat pengikis. Dakwa tuan rumah, individu itu terus lari selepas loceng rumah dibunyikan.

Kenapa nak buka pagar yang dah bermangga? Kalau betul nak repair defect.. kenapa loceng bunyi hang lari?

Kawasan perumahan itu nampak baru dan sunyi mungkin kerana belum ramai lagi penduduk yang menetap di situ.

@zatul_wanie_affiliate

24.08.24 Tragedi hari nii, gigil 1 badan.. Nk menangis rasa.. Tapi Allah gerakkan hati time tu jgk untuk tgk cctv.. Kalau terlambat sikit.. Nauzubillah.. Semoga Allah pelihara rumah semua org dan keselamatan semua.. Aminn #CapCut #fypシ #fyp #pecahrumah #sungaipetani #cctv #tapocctv #tiktokaffiliate #viraltiktok

♬ Very Sad – Enchan

Syukur tergerak hati tengok CCTV

Melihat situasi tersebut, tuan rumah meluahkan rasa takut namun bersyukur kerana tergerak hati mahu melihat CCTV.

Nak menangis rasa, tapi Allah gerakkan hati masa tu juga untuk tengok CCTV. Kalau terlambat sikit.. Nauzubillah. Semoga Allah pelihara rumah semua orang dan keselamatan semua.

Di ruangan komen, ramai netizen mengesyorkan supaya kawasan perumahan perlu dipasang CCTV untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Cctv 1

Moga kita sentiasa dilindungi…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.