Memang tak dinafikan, perbuatan syirik masih digunakan oleh sesetengah orang walaupun di dunia yang serba moden ni untuk dapatkan apa yang dorang nak.
Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik video di TikTok menunjukkan buku yang dikatakan penuh dengan ayat-ayat jampi.
Menurut wanita ini, buku tersebut adalah milik salah seorang pengasas produk kecantikan namun dia tak memberitahu identiti sebenar pemiliknya.
https://www.tiktok.com/@ninarichiiii/video/7097055391586061595?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Selain itu, menerusi ruangan komen wanita ini menjelaskan bahawa founder tersebut telah pun meninggal dunia dan dia temui buku ini selepas membeli beg tangan pre-loved.
Owner buku ni dah arwah..sy terjumpa dalam hbag dia yg sy beli as preloved bag… Masyallah Naizubillah semoga kita semua terhindar dari syirik.”
Dikatakan, selepas video ini tular di platform media sosial yang lain, ramai netizen mula membuat andaian bahawa pemilik buku tersebut adalah arwah founder Dnars, ekoran ini pengguna TikTok tersebut membuat video baru menafikan perkara tersebut.
Saya nak maklumkan bahawa perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan arwah Dnars seperti yang telah diviralkan oleh netizen.”
https://www.tiktok.com/@ninarichiiii/video/7098589807365967130?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Susah jugak main teka-teka ni. Apa-apa pun, harapnya kita semua dijauhkan dari benda-benda khurafat macam ni…