in

“Order dulu” – Wanita Bengang Kedai Suruh Pesan Makanan Guna QR Code Tapi Kedekut ‘Password’ WiFi

Kedai 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila teknologi dah makin maju ni, tak dinafikan banyak kedai makan dan restoran mula menggunakan kod QR untuk pelanggan memesan makanan. Pun begitu, kod QR ini boleh diakses jika kawasan itu mempunyai capaian internet yang baik.

Kedai suruh order guna kod QR tapi…

Satu luahan oleh seorang wanita di Facebook apabila dia berkali-kali ‘terkena’ dengan sesetengah kedai makan yang menyuruh pelanggan memesan melalui kod QR namun capaian internet pada telefonnya tidak begitu baik.


Artikel berkaitan: Lelaki Bengang Didenda RM5 Sebab Anak Makan Bersepah Di Kedai Makan

Artikel berkaitan: Pemilik Kafe Terkejut Kod QR Di Kaunter Bayaran Diubah Oleh Individu Tak Dikenali

Dah banyak kali saya terkena. Malam tadi hampir sahaja saya tinggalkan kedai makan ni sebabnya saya tak dapat buka link dari kod QR. Capaian tak cukup kuat di kawasan itu.

Lebih mengecewakan apabila pekerja di kedai itu menyuruh untuk memesan makanan terlebih dahulu jika mahu menggunakan WiFi di kedai tersebut.

Sebelum saya give up, saya suruh anak tanyakan apa password untuk kedai ini. Jawapan dari pekerja disitu mengejutkan saya.

“Nak guna WiFi, ORDER DULU.” Dia ingat kita datang sini semata nak lepak guna WiFi ke apa?

“Tak bagi guna WiFi, jangan pakai QR Code”

Hampa dengan jawapan tersebut, wanita itu menasihati segelintir pemilik kedai makan supaya tidak menggunakan kod QR jika kedekut untuk memberikan kata laluan WiFi.

Kalau tak nak bagi customer guna WiFi, jangan lah pakai QR Code tu. Ambil order secara manual. Datang ke meja, ambil order. Atau, letak kertas order, pensel dan menu. Nanti dah siap tanda, mai ambik kertas tu.

Dia bagaimanapun telah memaklumkan pekerja kedai tentang perkara tersebut dan meminta supaya pemilik kedai lebih peka dengan kepuasan pelanggan.

Terpulanglah pada mereka, nak ubah atau tidak. Business owners sekalian..

Kadang tu, tak ada siapa pun sihirkan kedai awak. Cuma awak/pekerja yang tak mahir membaca riak muka pelanggan yang sedang kecewa.
Dia juga menafikan bahawa kata laluan untuk WiFi kedai tersebut adalah ‘ORDER DULU’.
Password nya bukan ‘ORDER DULU’. Selepas saya tegur hal ni, mereka bagi alasan, internet situ tak kuat pulak. Sebab tulah mereka tak bagi password. Dah tau tak kuat, tak payah la guna QR Code.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen juga pernah menghadapi situasi yang sama.
Kedai 1 1
Min pun pernah stuck lama sebab data slow.. kedai pulak takde WiFi.. perut pun dah berbunyi..
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.