Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang kanak-kanak berlari di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.
Pun begitu, ramai tersentuh melihat pemandu-pemandu yang menggunakan jalan itu memberhentikan kereta mereka dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Artikel berkaitan: “Saya tolong sahaja” – Abang Rider Dipuji, Sanggup Patah Balik Bantu Tolak Kereta Rosak Di Tengah Jalan
Artikel berkaitan: Kereta Rosak Di Tengah Jalan Sebab Suhu Menaik, Tindakan Polis Ini Raih Pujian Netizen
Malah, ada beberapa orang pemandu juga dilihat berlari meluru ke arah kanak-kanak tersebut untuk menyelamatkannya daripada dilanggar kenderaan lain.
Fuh cuak weh, anak siapa terlepas ni? pic.twitter.com/xbDIG0p3Y3
— keem (@AkeemSharyzal) October 30, 2024
Menurut laporan Kosmo!, rakaman dashcam insiden tersebut diambil pada hari ini dan difahamkan ia berlaku di sebuah kawasan di sekitar Serian, Sarawak.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh @akeemsharyzal di aplikasi X itu, rata-rata netizen memuji kepantasan rakayat Malaysia dalam menyelamatkan kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi dari mana-mana pihak berkenaan insiden tersebut. Video itu menerima lebih 200 repost serta lebih 300 tanda suka di aplikasi X.
Sumber: X