Kini sedang tular satu jenis pastri yang dikenali sebagai Cromboloni, ia mula menjadi terkenal selepas sebuah kafe mewah di New York mula menjualnya.
Ia merupakan hybrid di antara pencuci mulut terkenal Perancis iaitu croissant serta bomboloni yang merupakan donat berinti krim seperti strawberi, pistachio atau vanilla.
Artikel berkaitan: Dapat Cromboloni Tak Sama Dengan Iklan, Jawapan ‘Seller’ Ni Buat Pelanggan Geram
Artikel berkaitan: “Dia ingat free ke?” – Buka Kotak & Curi ‘Pastry’, Tindakan Wanita Ini Dikecam Netizen
Buat peniaga-peniaga di luar sana, ramai yang melihat ini sebagai satu peluang untuk mereka menjual sesuatu yang baharu dan mencari pendapatan tambahan.
“Dah macam roti bom”
Pun begitu, ramai yang seakan sudah tertipu dengan peniaga yang seakan menjual pastri tersebut sambil lewa dan tidak tahu bagaimana cara pembuatan sebenar manisan tersebut.
Ini dah macam roti bom cacat cicah jem strawberry dah ni dik.
Engko kalau tak reti nak buat cromboloni boleh tak jujur amanah fatanah je.
Kau jual jela Tupperware ke Zhulian ke, ini kau pedajal sampai RM15 seketul kau sihat ke tak? Ke ada kad lain selain kad pengenalan? pic.twitter.com/hB6X3wQS2r
— Januar Haikal (@Januarhaikal) December 26, 2023
Perkara itu diluahkan oleh seorang pengguna X yang sudah pastinya sangat hampa dengan cromboloni yang dibelinya itu.
Malah di ruangan replies, ramai yang mengeluarkan kecaman terhadap peniaga yang tidak jujur seperti itu.
Aduhai, kalau nak meniaga tu buat research sikit geng…
Sumber: X