Baru-baru ni kecoh apabila Datuk Aliff Syukri mengumumkan akan melancarkan lagunya yang terbaharu yang berjudul ‘Ingin Bahagia’. Sedap ke suara tu nak nyanyi lagi?
Walaupun baru sahaja minggu lepas usahawan kosmetik ini terpalit kontroversi dengan tuduhan mendera anak angkatnya, kali ini ibu Aliff Syukri pula dilaporkan kecewa dan sakit hati dengan tindakan anaknya itu.
Menerusi Instagram, Rozita Ibrahim telah memuat naik video yang meluahkan kekecewaan dengan sikap usahawan yang terkenal dengan tagline, Terlajak Laris itu.
https://www.instagram.com/p/B9leJhWJEw6/
Sebenarnya, apa yang kita buat, itu yang kita dapat. Dengar baik-baik Syukri, sudahlah lagu tu… Mak bukan niat nak menjatuhkan kau tapi sebab mak sayang
Ibunya yang juga dikenali sebagai Bonda Rozita juga menasihati Aliff agar tidak menyanyi kerana dia sememangnya tidak berbakat langsung dalam bidang nyanyian. Tak serik-serik betul kena kecam lah dia ni kan.
Selain itu, dia juga merayu kepada anaknya itu agar menjaga maruah keluarga dan berhenti memalukan keluarga dengan menagih perhatian yang boleh mengundang kecaman.
Bonda Rozita juga mengakui bahawa dia sudah puas menasihati anaknya itu. Dengarlah cakap mak tu Aliff Syukri.
Namun, ada juga netizen yang berpendapat bahawa video luahan ini hanyalah untuk meraih simpati dan publisiti. Admin tak tau lah nak percaya yang mana satu ni.
Satu je lah admin nak cakap, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.