Salah satu perkara yang sangat menguji kesabaran kita sewaktu berada di atas jalan apabila menunggu giliran untuk membayar tol. Lebih-lebih lagi kalau ada berlaku masalah pada kad seperti kurang baki dan sebagainya, korang mesti teruk kena hon.
Tapi berbeza dalam satu video yang tengah tular ini, dilihat pemandu yang beratur di belakang sebuah kereta yang terkandas di tol telah memberikan kerjasama yang baik.
Orang berbudi kita berbahasa
Pemilik video ini melihat kereta kancil di depannya berusaha untuk cuba membayar tol namun tidak berjaya, oleh itu, pemandu berkenaan telah menggunakan kad miliknya untuk membantu pemandu di hadapan melepasi tol.
Namun dia tak sedar bahawa kad itu hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dia pula tidak berjaya melepasi tol. Namun tanpa disangka-sangka, pemandu kereta kancil tadi sanggup mengundur semula dan telah menggunakan kadnya untuk pemilik video.
Definition of orang berbudi kita berbahasa pic.twitter.com/XFU0Dk0o86
— Injang (@Injang_Nation) August 13, 2023
Video yang meraih 1,555 jumlah retweets dalam masa 15 jam ini telah membuatkan ramai netizen rasa terharu apabila melihatnya. Dalam masa yang masa, ada yang turut mempersoalkan bagaimana kad pemandu kancil itu tiba-tiba boleh berfungsi.
Hurm, mungkin kad NFCnya tak cukup nilai, baru dapat top up ataupun kad dia tercicir kat mana-mana kot. Good job bagi yang membantu!
Baca : Guna Lorong SmartTag Untuk Lepas Tol, Netizen Geram Tengok Perangai Penunggang Motosikal Ini