in

‘Operation London Bridge’: Ratu Elizabeth II Mangkat, Ini Apa Yang Berlaku Selepas Ini…

Ratu Elizabeth Mangkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal pagi semalam, rakyat United Kingdom (UK) dan naungannya menerima satu berita sedih apabila pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II dilaporkan mangkat pada usia 96 tahun.

Beliau dikatakan menghembuskan nafas terakhir di Istana Balmoral, Scotland, menurut kenyataan Istana Buckingham, lapor Astro AWANI.


Elizabeth

Serentak pengumuman ini, bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang dan semua jadual siaran televisyen serta radio dikemaskini bagi menghormati kemangkatan baginda.

Operation London Bridge: Perkara yang berlaku selepas Ratu mangkat

Susulan itu, perkataan ‘Operation London Bridge’ kini trending di Twitter iaitu satu nama kod untuk perancangan yang dilakukan dalam beberapa minggu atau bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Selepas kemangkatan berlaku, pada hari kejadian, Setiausaha Sulitnya, Edward Young dengan segera akan memberikan mesej berkenaan kepada Perdana Menteri.

Liz Truss Queen Elizabeth 92

Mesej akan tertera,

London Bridge is down,” katanya.

Kemudian Perdana Menteri akan mengatur rancangan Operasi London Bridge. Dalam masa beberapa minit sahaja, 15 kerajaan di luar UK dengan Ratu Elizabeth sebagai ketua negeri akan dimaklumkan dengan penuh teliti.

Ia kemudian diikuti dengan makluman kepada 36 negara dan pemimpin Komanwel yang lain di seluruh dunia.

Pintu pagar utama Istana Buckingjam juga akan paparkan notis kemangkatan Ratu dengan logo berwarna hitam. Kalau korang tengok siri The Crown mesti familiar dengan situasi ni… 

Pada ketika itu juga, pembaca berita akan tukar pakaian mereka kepada sut hitam dan warna tema BBC News yang berwarna merah akan ditukar kepada warna hitam.

Surat khabar, saluran televisyen dan stesen radio akan bersedia untuk buat liputan selama tempoh kemangkatan.

Pada ketika itu juga semua premis perniagaan dan urus niaga saham akan ditutup bagi memberi penghormatan.

Putera Charles diangkat menjadi Raja Charles III 

Pada hari kemangkatan baginda, Putera sulung Ratu, Putera Charles akan segera diangkat sebagai Raja.

Putera Charles juga akan memberikan ucapan rasmi pertamanya sebagai Raja dan ketua Kerajaan serta akan mengangkat sumpah setia dengan 41 das tembakan hormat di Hyde Park, London.

Charless

Raja Charles III kemudian akan mengatur jelajah UK, melawat pemimpin kerajaan di ibu kota setiap negeri, Edinburgh, Belfast dan Cardiff sebelum pulang ke London.

Stesen televisyen juga pada tempoh ini akan memainkan dokumentari yang tersedia sebagai penghormatan kepada Ratu.

4 hari lepas kemangkatan, keranda Ratu akan diletakkan di pedati tentera diraja dan diarak dari Istana Buckingham ke Westminster Hall, lokasi di mana baginda akan diletakkan selama 4 hari selepas Raja Charles III dan keluarga diraja memberi penghormatan terakhir.

Pintu juga akan dibuka kepada ratusan ribu orang untuk memberikan penghormatan sama.

Pengebumian Ratu Elizabeth II 

Upacara pengebumian akan mengambil masa dalam 10 hingga 12 hari selepas Ratu mangkat. Hari pengebumian akan menjadi cuti rasmi bank di seluruh UK juga.

Bursa Saham juga akan ditutup buat kali kedua dalam tempoh 2 minggu dan kebanyakan perniagaan akan turut tidak beroperasi.

Tepat jam 11 pagi, menara jam Big Ben akan dibunyikan locengnya dan seluruh negara akan berdiam. Keranda Ratu akan dibawa keluar ke dalam Webminster Abbey, di mana kira-kira 2,000 tetamu akan beri penghormatan dan berdoa.

Pexels Pixabay 280347

Keranda itu kemudian dibawa ke Windsor Castle dan akhir sekali ke St. George’s Chapel di mana Ratu Elizabeth II akan disemadikan sebelah mendiang ayahandanya, Raja George VI.

Dalam masa setahun selepas pengebumian, upacara pertabalan rasmi Raja Charles III akan berlangsung pada hari cuti bank UK.

Mata wang British baru akan dicetak, banyak perubahan berlaku

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth, banyak perubahan yang akan berlaku. Antaranya, mata wang British yang baru akan dicetak dengan gambar Raja Charles III dan mata wang gambar Ratu Elizabeth II akan beransur-ansur dikeluarkan daripada penggunaan.

Perkara sama juga berlakuk kepada percetakan setem, pasport, uniform polis dan tentera. Malah lagu kebangsaan juga akan ditukar kepada ‘God Save The King’. 

Pexels Anthony 139050

Operation London Bridge boleh dikatakan antara operasi yang melibatkan pengebumian diraja yang terbesar dalam sejarah dunia dan bakal menelan kos sebanyak berbilion pound.

Takziah diucapkan kepada rakyat UK dan semoga keluarga diraja bertabah dengan kehilangan ini. 

Baca: Makanan Yang Sama Sejak Umur 5 Tahun, Chef Ini Dedah Makanan Kegemaran Ratu Elizabeth

Queen

Sumber: Twitter
Sumber: Page Six
Sumber: Twitter
Sumber: Pexel
Sumber: Pexel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.