Baru-baru ini, kecoh di TikTok apabila isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz membuat satu sesi live bersama isteri pengarah tersohor Syamsul Yusof iaitu Faghirah Fatini atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.
Sesi live itu menarik perhatian ramai dan mendatangkan kecaman ramai terhadap Ira kazar serta Nur Nilam.
Artikel berkaitan: “Dia terima, dia ikhlas” – Rakan Dakwa Ira Kazar Reda, Tengah Terima Kifarah?
Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Bagi ‘Green Light’, Puteri Sarah Nekad Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar
Terbaru, Nur Nilam menerusi TikTok miliknya memuat naik sebuah video yang memberitahu dia telah pun membuat laporan polis kerana dikecam begitu teruk sehingga menerima ugutan bunuh.
@puan_nilamortiz Sebab aku yakin, everything happen for a reason, and I believe in God is always Good #nurnilamORTIZ #nilambebel #AkN💞 #AMK💞 #NN💞 #irakazar
“Penat la asyik kena viral ni, viral lagi, lagi dan lagi, aku yang kene viral ni pun penat tengok diri sendiri kene viral.
Harap boleh di beri penjelasan kepada manusia yang suka ambik videos sekerat kerat hanya untuk views,gud luck guys,” tulisnya di kapsyen.
Nur Nilam menerangkan dalam video itu, dia hanya menyantuni Ira Kazar sebagai tetamu dan bukan ‘menyibuk’ dalam hal peribadinya.
Dia tidak menyangka kehadiran Ira kazar itu mengundang kecaman terhadap dirinya dan dia serta suaminya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat laporan polis untuk melindungi diri.
Selain itu, Nur Nilam juga berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang membuatkan namanya tercemar hanya kerana memuat naik sebahagian sesi live tersebut dan mengundang fitnah.
Sumber: TikTok