in

Noura Al-Taqaqa : Penyanyi Popular Tahun 90-an Berhenti Secara Drastik Lepas ‘Perform’ Wedding Rumah Jin

Ft Noura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bercerita mengenai kisah seram pasal Ari Lasso, ia mengingatkan min pada kisah yang lebih kurang sama terjadi kepada seorang penyanyi dari Kuwait ini.

Noura Al-Taqaqa


Screen 1

Noura Al-Taqaqa seorang penyanyi terkenal sekitar tahun 90-an, dia bukan penyanyi mainstream macam artis tetapi dia ini penyanyi untuk majlis kahwin, namun namanya sangat terkenal pada waktu itu setaraf dengan artis-artis mainstream.

Noura ada band dia sendiri, dia membawakan lagu-lagu klasik, undangan majlis perkahwinan yang dia terima biasanya bukan calang-calang orang. Kalau di Malaysia macam Dato’ Tan Sri lah..

 

Lepas popular, nama makin naik, terus diam macam tu je

Rasanya dah cukup serba sedikit pengenalan diri pasal Noura ni, pada tahun 90-an itu boleh dikatakan waktu kemuncak namanya tengah naik, dia menerima banyak undangan daripada orang-orang kenamaan.

Tiba-tiba namanya diam begitu sahaja, segala tempahan dia batalkan, pulangkan semua wang deposit dan tiada lagi kelibatnya dalam bidang itu.

Pihak media yang cuba menghubunginya pun tak dapat, sampailah ada satu wartawan ini berjaya menemuramah dia.

1624948468 20210629 073317 1024X615 1

Menurut sumber, ketika wartawan itu sampai ke rumah Noura, dia ada terbau kemenyan apabila melangkah masuk, pembantu membawa wartawan itu ke pejabat Noura yang sudah bersedia untuk ditemubual.

Bila dah sampai di pejabat Noura, wartawan itu terkejut melihat keadaan Noura, kalau diperhatikan dalam gambar di atas, Noura seorang yang berisi, tapi bila jumpa dia nampak begitu susut, malah dinding dirumahnya juga dipenuhi dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Ketika mahu di temuduga, Noura memesan wartawan tersebut untuk tidak menokok tambah ceritanya.

 

Dapat panggilan daripada wanita tua 

Noura

Dari sini bermula lah kisahnya, suatu hari Noura mendapat panggilan daripada seorang wanita tua yang memerlukan perkhidmatan Noura pada malam itu juga.

Pada mulanya Noura enggan menerimanya kerana Noura dan rakan-rakan kugirannya tengah cuti pada hari tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu merayu kepadanya untuk melakukan persembahan kerana anaknya begitu minat dengan Noura, bersimpati dengan rayuan wanita itu, Noura tanpa fikir panjang minta alamat rumah wanita tersebut.

Biarpun jauh dari sudut hati Noura rasa macam tak sedap hati, tapi Noura lawan rasa itu.

 

Nyanyi dekat majlis paling besar mereka pernah pergi

Majlis bermula pada pukul 10 malam dan mereka sampai awal, bila dah sampai mengikut alamat yang diberikan, sungguh tak diduga apabila mendapati bahawa rumah itu adalah sebuah rumah agam yang sangat besar.

Dia disambut oleh seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada pengantin sebelum dibawa ke sebuah bilik khas untuk mereka berehat dan bersiap.

Selepas itu, dia didatangi oleh seorang wanita tua dan ia adalah ibu kepada pengantin yang buat panggilan itu, hati Noura jadi semakin tak sedap apabila melihat rupa ibu pengantin yang begitu pucat dan ketika salam, kulitnya begitu keras macam batu.

Salah seorang ahli kumpulan, Sham yang juga merupakan rakan kepada Noura berbisik kepada Noura dengan mengatakan dia tak sedap hati selepas ibu pengantin keluar. Ini kerana sewaktu ‘orang lain’ masuk ke biliknya suasana akan menjadi sangat panas.

Jadi mereka pun bersiap, apabila melihat keadaan majlis orang begitu ramai dan mereka menyifatkan bahawa ini adalah majlis terbesar mereka pernah pergi, bayaran yang ditawarkan juga sangatlah tinggi.

Namun ada perkara pelik yang mereka lihat, pengantin memakai gaun hitam dan menggunakan veil di mukanya, pengantin lelaki pula memakai baju ala-ala zaman pemerintah Uthmaniyah, lebih aneh, mereka tidak memandang ke arah tetamu, hanya bertentangan mata dan membeku macam patung sepanjang masa.

Malah lebih pelik lagi bentuk pelamin juga aneh, iaitu bentuk muka orang sambil terbuka mulut dan pengantin duduk di dalam mulut itu.

 

Mula kena kacau

Selesai bahagian pertama persembahan, mereka semua berehat di bilik yang disediakan, namun, disebabkan Noura terlalu letih dan mula rasa pening-pening dia cuba naik ke tingkat 2, di situ suasana sangatlah sunyi, tapi Noura fikir hanya nak cari bilik lain untuk tumpang berehat.

Dia ternampak satu bilik yang pintunya tak rapat, Noura tanpa fikir panjang hanya masuk dan melihat dalam bilik itu semua menggunakan barang-barang lama, Noura yang keletihan masa itu hanya baring dan tertidur.

Semasa tidur, dia dalam mimpi diganggu orang lembaga pelik, ada lembaga yang memakai seperti pengantin wanita itu menghampiri dan menjerit, Noura yang terkejut tiba-tiba tersedar dan melihat pintu tiba-tiba tertutup.

Noura cuba lari tapi pintu susah nak dibuka, tiba-tiba dia perasan seperti ada ‘seseorang’ dibelakangnya. Nak dipendekkan cerita dia berjaya melarikan diri.

Selepas dia berjaya keluar bilik, dia ternampak kelibat kanak-kanak berlari naik ke tingkat 3, Noura yang ada perasan ingin tahu cuba ikut dan terkejut melihat keadaaan usang macam rumah terbiar.

Sesampai di bilik tersebut dia melihat Sham tengah menangis teresak-esak dia menceritakan bahawa dia tadi ada mencari Noura di tingkat 2 tetapi dia diganggu oleh satu jelmaan.

 

Kemuncak, mula perasan ada wanita muka manusia kaki kambing

Noura cuba memujuk Sham yang dalam ketakutan supaya bertahan kerana dia turut rasa perkara yang sama dan meminta semua ahli kuatkan semangat untuk teruskan nyanyian.

Disini adalah waktu paling mencabar, mereka pelik apabila melihat keadaan jadi semakin meriah, semakin lewat malam, semakin ramai tetamu, malah riak wajah tetamu yang hadir juga sangat bengis.

Rasa takut makin membara apabila mereka ketahui bahawa mereka bukan berada di majlis manusia apabila melihat salah seorang tetamu wanita yang sedang khusyuk menari itu terselak kainnya dan medapati dia berkaki kambing dan berbulu lebat.

Nyanyian Noura disambut dengan suara tetamu yang sangat kurang enak di dengar, sampai ke satu tahap, suara Noura tenggelam, bila mereka berhentikan muzik, tepukan gemuruh tetamu seperti di konsert dan semua tetamu memberikan renungan bengis kerana mahukan Noura nyanyi lagi.

Mereka yang semakin berkurangan tenaga terpaksa mainkan kerana ketakutan dan nyanyian Noura juga makin sumbang kerana dah keletihan, Sham pula sudah mula pengsan namun Noura dan band dia teruskan bermain muzik.

Tetamu semakin ramai, ketika mereka cuba ambil masa rehat tak sampai 5 minit, Sham yang tersedar setelah dikejutkan merayu untuk pulang namun Noura bercakap dengan semua ahli untuk teruskan bermain untuk selamat atau bimbang jika mereka terperangkap ke alam jin dan tak boleh pulang.

Untuk Sham, Noura meminta dia tunduk sahaja sepanjang masa dan tak perlu buat apa-apa. Namun ketika mereka sambung, tetamu dah mula berkerumun mengelilingi mereka ketika sedang mainkan muzik, kesemua ahli termasuk Noura hanya tunduk kebawah kerana terlalu takut.

Namun ketika mereka rancak menari sambil menyanyi, tiba-tiba berhenti begitu sahaja, sambil memberikan pandangan bengis kepada Noura dan rakan-rakan.

Sedikit demi sedikit mereka berlalu pergi kerana, azan subuh mula berkumandang, mereka terus bergegas lari dan bila keluar, mereka mendapati keadaan rumah itu tak sama macam mereka nampak masa baru sampai, buruk usang dan menyeramkan.

Mereka didatangi oleh seorang individu dan mereka yang dalam ketakutan menunjukkan bahawa mereka dari rumah tersebut, individu itu hantar pulang dan ketika dalam perjalanan semua tekad untuk berhenti daripada melakukan ‘kerja’ ini.

Hidup dah tak sama macam dulu

Difahamkan selepas beberapa bulan daripada insiden itu, hidup mereka dah tak sama macam dulu, mereka kerap diganggu dengan benda-benda aneh, malah wartawan yang menemuramah Noura mengatakan bahawa tidak lama selepas dia berjaya menemui Noura, Sham telah meninggal dunia, malah difahamkan wanita tua yang buat panggilan tempahan kepada Noura (ibu pengantin) ada di pengebumian Sham.

Baca : Seram! Ari Lasso Kongsi Cerita Pernah Buat Konsert Depan Ribuan Jin & Makhluk Halus

Ari Lasso Buat Konsert Depan Jin 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.