in

“Not safe for woman” – Vlogger Kongsi Pengalaman Diganggu Instructor Miang Ketika Ambil Lesen Menyelam

ft tioman pelatih gatal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berkongsikan kisahnya ketika berada di  sebuah pusat menyelam untuk mendapatkan lesen. Menurut wanita yang dikenali sebagai Min Ning ini, dia ingin mendapatkan lesen tersebut di sebuah pusat menyelam yang bertempat di Pulau Tioman.

Min Ning yang juga merupakan seorang vlogger menyatakan bahawa dia ke sana berseorangan pada bulan Ogos 2022 lepas dan kongsikan insiden ini di laman YouTube miliknya.


 

Kena gangguan seksual oleh pelatih

Menurut Min Ning, semasa menjalani kursus mendapatkan lesen menyelam di sana, dia telah menerima gangguan seksual daripada salah seorang pelatih.

Screenshot 2023 03 02 153118 1

Disebabkan itu, Min Ning membatalkan hasratnya untuk mendapatkan lesen menyelam dan terus keluar dari tempat tersebut. Selepas beberapa bulan berlalu, dia menerima respon daripada seseorang bahawa pusat menyelam tersebut mempunyai banyak bad review daripada kaum wanita.

Screenshot 2023 03 02 154404

 

Rupanya dah ramai kena

Ketika melihat review tempat itu menerusi Google, Min Ning menyatakan tempat itu memang tidak selamat untuk kaum wanita. Dalam pada itu, Min Ning menceritakan bahawa sebelum dia meninggalkan tempat tersebut, dia ada buat laporan kepada kakitangan lain di sana.

“Saya kata, lelaki yang bernama Hisham ini berkelakuan tidak elok dan saya harap mereka boleh perhatikan pelancong wanita lain di sana. Tapi tak ada apa-apa pun, dan masih berlaku dekat wanita lain.”

Screenshot 2023 03 02 154456

Dalam video yang dikongsikan menerusi Instagram, Min Ning melampirkan komen-komen yang diberikan oleh kaum wanita berkenaan dengan pengalaman yang lebih kurang sama dia alami. Baik sebelum mahupun selepas dia ke sana.

Biarpun kurang pasti sikap pelatih lelaki yang lain, tetapi bagi Min Ning, pelatih yang dikenali sebagai Hisham itu adalah penyumbang utama kaum wanita rasa terancam.

Screenshot 2023 03 02 154518

“Sebelum ni masa dia buat kat saya, saya tak buat apa-apa dekat dia dan dia rasa itu satu manfaat buat dia sebab dia masih lagi lakukan kegiatan ini terhadap wanita lain dan saya bukan lah satu-satunya.”

“Saya harap video ini sampai ke pengetahuan wanita di luar sana yang ingin mendapatkan lesen menyelam, jangan datang ke sini.”

Screenshot 2023 03 02 154417

Mudah-mudahan ada pihak tertentu dapat lakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. Boleh tengok video penuh disini.

Baca : [VIDEO] Disyaki Lakukan Gangguan Seksual, Pengasuh Anak Staf Hafiz Mahamad Dakwa Kena Fitnah?

ft pengasuh dakwa difitnah 2

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.