in

“Nipis peluang dapat duit raya” – Ingat Kaki Kawan, Rupanya Remaja Dikatakan Tersilap Tarik Kaki…

remaja tarik kaki pakcik tengah sujud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, nak bergurau pun ada batasnya. Tambahan pula kalau nak bergurau semasa solat. Lebih baik elakkanlah sebab takut terjadi seperti satu video yang tengah viral di media sosial ini.

Tular satu posting video di X memaparkan sekumpulan remaja yang dilihat masuk ke dalam ruang solat dan secara tiba-tiba salah seorang darinya menarik kaki seorang jemaah yang sedang khusyuk bersujud ketika solat berjemaah.


Jemaah berbaju Melayu biru yang terjatuh meniarap itu dilihat terkejut dengan apa yang berlaku dan dipercayai mula mencari remaja yang melakukan ‘onar’ tersebut kepadanya, manakala jemaah lain dilihat meneruskan solat seperti biasa.

Artikel berkaitan: Pegang Telefon Masa Solat Untuk Baca Surah? Mufti Kata Boleh, Tapi Ada Syarat!

Artikel berkaitan: “Sah, kerana…” – Video Lelaki Solat Dalam Banjir Dipertikai Netizen, Ini Penjelasan Penulis Buku Agama

“Tersilap menarik kaki datuk kawannya” 

Meskipun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, namun deskripsi dari video ini mengatakan bahawa remaja itu pada awalnya ingin mengusik rakannya dengan menarik kaki ketika sujud.

Dia walau bagaimanapun, tersilap menarik kaki datuk kepada kawannya yang dikatakan memakai baju yang serupa. Aduhai! 

video

Selain dari itu, tidak diketahui di mana video ini dirakam dan bilakah kejadian itu berlaku.

Video tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana sebahagian darinya menganggap ia sesuatu yang lawak, namun ada pula merasakan perkara itu adalah sesuatu yang biadap.

pakcik marah

Adeh tak pasal-pasal pakcik tu kena ulang solat semula. 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.