in

“Nilai kompaun diteliti semula” – Selain Abang Burger Ada 2 Lagi Pemilik Kedai Kena Kompaun 50K Hari Yang Sama

Ft Kompaun50K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam kecoh tentang kisah seorang peniaga burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 di Pengkalan Chepa, Kelantan. Difahamkan, lelaki itu dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Hal itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati ramai rakyat dan rata-ratanya bersuara di media sosial tentang nasib peniaga tersebut serta ketidakadilan pihak berkuasa.


Burger1

Menurut Awani, polis kini sedang meneliti semula kompaun bernilai RM50,000 dikenakan itu dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata selain peniaga burger itu, dua pemilik premis kedai makan dilaporkan turut dikompaun sebanyak RM50,000 pada hari yang sama.

Shafien turut memaklumkan pihaknya akan memanggil pemilik premis untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.

Polis telah menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih terdapat premis perniagaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa ditetapkan.”

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1386939576606887936

 

Susulan aduan orang awam, Polis Kelantan dilaporkan turut mengeluarkan 7 kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa pada hari yang sama.

Baca: TERKINI: Langgar SOP Majlis Kahwin & Rentas Negeri, Neelofa Dikompaun RM20,000

Ft Lofakompaun

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.