in

Niat Nak Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Tanpa Batasan Aurat, Kiah Propa Terbuka Hati Nikah Semula

Kiah Propa Nikah Semula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memaklumkan dia kini kembali bergelar isteri selepas menikahi bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail pada Sabtu lalu.

Kiah atau nama sebenarnya, Siti Rokhaida Abdul Khalil, 45, meluahkan dia bertindak melamar suaminya selepas lelaki itu didiagnos kanser leher sejak seminggu lalu.


Kongsinya menerusi satu hantaran di TikTok, suaminya itu pernah menyatakan hasrat untuk bernikah semula sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Kamu ingat, aku suka ke burung kamu” – Kiah Propa ‘Bengang’ Ada Lelaki Misteri Hantar Gambar ‘Anu’ Setiap Hari

“Lapan tahun, duda aku ajak aku nikah balik. Dia tak putus asa. Masa itu dia sihat, aku tak nak malah aku dah selesa hidup seorang tetapi jodoh aku dengan dia panjang pula.”

Screenshot 2024 11 18 131817

Menurutnya, suaminya itu kini sedang sakit dan dia berkahwin dengan niat untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat.

“Kali ini dia sakit, aku terima dia sebab aku nak jaga dia dan batasan aurat. Permintaan dia sebelum menutup mata,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Kiah menyatakan selepas bergelar isteri, dia hanya ingin memberi tumpuan sepenuhnya untuk merawat suami.

@kiahpropaviral

SEDAP BERSILA KOME😜 ‼️TAK SALAH KAN CUMA TAK CANTIKKK SAJO KAKI TU‼️😂😂 SKG FOKUS JADI BINI KOME‼️INGAT ISTIQOMAH MENJADI ISTERI MENJAGA SUAMI SAKIT KANSER ITU ADALAH FOKUSSS CIK KIAH SEKARNAG ✅‼️#kiahpropa #fyp #viral #kiahkawenlagi

♬ original sound – kedaikiahpropa – kedaikiahpropa

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Kiah dan turut mengagumi niat murninya kembali bergelar isteri untuk menjaga suami.

Dalam pada itu, dua anaknya menjadi insan yang paling gembira memandangkan selama ini melihat ibu bapanya hidup terpisah.

Untuk rekod, Kiah dan Nazri berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, namun berpisah selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

Alhamdulillah, semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran pahala yang besar.

Sumber: mStar, TikTok

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.