in

Niat Jemur Untuk Elak Demam Kuning, Tak Pasal-pasal Bayi 7 Hari Putus Tangan Kanan Dibaham Anjing!

dd 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat kelahiran anak sudah semestinya menjadi peristiwa yang bermakna dalam kehidupan berkeluarga.

Namun siapa sangka keindahan itu hanya bertahan selama seminggu apabila melihat bayi yang baru dilahirkan itu hilang tangan kanan akibat dibaham anjing!


Kejadian tragis ini dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 pagi, 8 September lalu apabila bayi yang baru berumur 7 hari ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan pintu pagar rumah bagi tujuan menjemur bayi bagi mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning).

d 8

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu selepas selesai disusukan oleh ibunya.

Kemudian ibu saudara bayi tersebut pula mengambil alih untuk membantu memandikanya. Pada masa yang sama ibu bayi yang masih berpantang berehat di tingkat atas sambil ditemani oleh suaminya.

“Mak cik bayi meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat”

Terkejut melihat bayi berlumuran darah

Mohd Nor Yhazid berkata, wanita itu kemudian terkejut apabila terlihat tangan kanan bayi itu berlumuran darah dan mendapati bahawa anjing peliharaan milik suaminya telah menggigit tangan kanan bayi itu di luar pagar.

d2 1 1

“Wanita itu kemudian menjerit sekuat hati sebelum jeritannya didengari ahli keluarga dan mereka bertindak membawa bayi itu ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun ditolak dan diminta merujuknya ke Hospital Melaka”

“Sebaik tiba di Hospital Melaka, bayi terus dibawa ke zon merah bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar”

d1 6

Anjing itu juga dipercayai dari jenis ‘Plott Hound’. Ketika kejadian itu, anjing tersebut dibiarkan tanpa diikat atau dikurung bagi tujuan menjaga kawasan rumah, lapor Astro Awani.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.

 

Baca: Serangan Anjing! Jom Ambil Tahu Jenis-jenis Anjing Yang Di Haramkan Di Malaysia

d3 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.