Semenjak melangsungkan perkahwinan yang kedua pada 22 Oktober lepas, pelakon, Fizo Omar, 36, dan isteri barunya, Fazeera Nazri Azrai, 25, sering mendapat perhatian netizen dek kerana kelihatan sweet dan serasi bersama.
Kebahagian pasangan ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Wan Maryam, anak Fizo daripada perkahwinan terdahulunya yang dilihat sangat manja dan rapat dengan Fazeera.
“Ni mommy saya, ni daddy saya”
Perkara ini dibuktikan lagi dengan tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Maryam memanggil ibu tirinya sebagai ‘mommy saya’. Alaaa comelnya Cik Yam!
Dalam video tersebut, Maryam dilihat memegang tangan Fazeera dan memperkenalkan kepada orang ramai sebagai ‘mommy’ dan kemudian memegang pula tangan ayahnya serta memperkenalkan Fizo sebagai ‘daddy’.
Gelagat Maryam membuatkan Fizo dan Fazeera tersenyum malu sambil melayan kerenah anak kecil itu.
“Lembut je muka wife dia, nampak penyayang”
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dilihat memuji perilaku isteri baru Fizo yang kelihatan mesra dengan Maryam sehingga kanak-kanak itu menyukai dirinya.
Malah ramai juga mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia dan berharap bekas isteri Fizo, Mawar menerima hakikat bahawa anaknya menyukai isteri baru Fizo itu juga.
Semoga keluarga ini kekal bahagia hingga ke jannah. Amin.