WOW! Biar betul!
Dengar cerita penyanyi tersohor antarabangsa, Mariah Carey ada kat Malaysia lah!
Ini bukan cubaan, kejutan, prank atau sewaktu dengannya. Tapi ni memang berita sahih guys!
Good morning, Kuala Lumpur!
Menerusi laman Instagramnya, Mariah Carey mengumumkan ketibaannya di Malaysia dengan sebuah gambar berlatarbelakangkan menara berkembar Petronas, KLCC.
Gambar yang dimuatnaik sekitar dua jam lalu itu turut menampilkan ungkapan ‘Good morning, Kuala Lumpur!’
Penyanyi berusia 48 tahun ini berada di ibu negara untuk menjayakan sebuah konsert yang akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Oktober nanti.
Kali terakhir berada di Malaysia pada 2014
Ini bukanlah kali pertama penyanyi terkenal itu berada di sini.
Mariah juga pernah mengadakan sebuah konsert sebelum ini pada tahun 2014. Tapi istimewanya kali ini, Mariah turut membawa bersama anak-anaknya, Monroe dan Moroccan.
Penyanyi ini mula menyanyi pada tahun 1990 dan selalu menjadi antara artis yang mencatatkan jualan album tertinggi seluruh dunia.
Sehingga ke waktu ini, Mariah telah menjual lebih 200 juta album di seluruh dunia dan berjaya mengungguli carta Billboard Hot 100 sebanyak 18 kali!
Jadi apa lagi? Siap sedia telefon kat tangan tau! Manalah tau, korang terjumpa kat mana-mana nanti.
Baca: Kenali Isaac Voo, Individu Pertama dari Malaysia Berjaya Jadi Penyanyi Kpop