in

Netizen Terhibur Wanita Nak Saman Ibu Bapa Sendiri Sebab Tak Minta Izin Sebelum Lahirkan Dirinya

ft wanita saman ibu bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelik tapi benar, itulah reaksi netizen apabila melihat video daripada seorang wanita dari Amerika Syarikat ini. Dia tekad untuk saman kedua ibu bapanya hanya kerana dia dilahirkan.

 

Lahirkan tanpa minta izin


Menurutnya, ibu bapanya itu melahirkannya tanpa meminta keizinan kepadanya. Kata wanita yang dikenali sebagai Kass Theaz ini lagi, dia membuat tindakan itu kerana orang tuanya telah membesarkannya biarpun dia tidak bersetuju telah dilahirkan.

“Saya saman ibu bapa saya sebab mereka melahirkan saya tanpa keizinan saya. Ini kerana saya tidak bersetuju untuk dilahirkan di muka bumi ini.”

Katanya lagi, disebabkan dia telah dilahirkan di dunia ini, dia kena kerja demi kelangsungan hidup. Alasannya lagi, ibu bapanya tidak pernah ‘menghubunginya’ untuk bertanyakan sama ada dia setuju atau tidak untuk dilahirkan.

@isatandstared

Replying to @JCNCLP

♬ original sound – Kass Theaz

Lebih pelik lagi, wanita ini telah berpesan kepada wanita hamil diluar sana bahawa mereka perlu gunakan medium psikik untuk berhubung dengan bayi di dalam kandungannya itu jika ingin dilahirkan.

“Ingat, kalau mereka tak nak awak perlu ‘hentikannya’, kalau tidak dia akan saman awak.”

Jelasnya lagi, dia mempunyai anak tapi ianya anak angkat dan dakwanya dia dapatkan anak dengan cara yang lebih beretika.

Bagaimanapun, akaun ini adalah akaun satira yang membawa maksud mendedahkan penyelewengan dan pemesongan akhlak manusia, dan ia dilakukan menerusi ironi, serta gurau senda. Rata-rata netizen terhibur apabila mendengar segala sebab-sebab dia nak saman tu.

Screenshot 2023 05 31 181941 Screenshot 2023 05 31 182012 Screenshot 2023 05 31 182044

Agak-agak korang apa mesej satira yang dia cuba sampaikan ni?

Baca : Lelaki Bengang Koleksi Barangan Lucahnya Dimusnahkan, Nekad Saman Ibu Bapa Sendiri

Untitled collage 93

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.