Kejadian tanah runtuh awal pagi 16 Disember lalu di sebuah tapak perkhemahan berhampiran dengan Father’s Organic Farm di Batang Kali telah mengejutkan negara. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bermula sehingga ke hari ini bagi mengesan mangsa-mangsa yang tertimbus.
Antara agensi-agensi yang terlibat dalam operasi SAR ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan banyak lagi.
Yang paling menarik perhatian orang ramai ialah pengelibatan Unit Anjing Pengesan (K9) dari APM juga turut sama membantu untuk mencari mangsa tragedi tanah runtuh itu. Dalam satu video yang dimuat naik oleh Bernama TV, anjing pengesan milik APM yang diberi nama Tar sedang sibuk menjalankan tugasnya. Korang boleh tengok video di bawah.
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/419098000342722
Semoga mangsa cepat ditemukan
Ketika ini, usaha untuk mencari lagi mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan. Dengan bantuan dari unit K9, diharapkan semua mangsa berjaya ditemui dengan kadar segera. Untuk pengetahuan semua, Tar adalah satu-satunya anjing milik APM yang terlatih dalam misi mencari dan menyelamat yang dibawa mereka untuk misi ini.
Semua pihak sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan mangsa yang masih dijumpai.
Betul, Unit K9 tak kisah dari agensi mana sekalipun banyak membantu dalam misi mencari dan menyelamat. Harap semua mangsa cepat dijumpai.
Semoga semua pihak yang terlibat dalam operasi ini dipermudahkan segala urusan. Kita semua mendoakan semua pihak yang terlibat terus bersemangat.