Satu posting yang dimuat naik oleh National Geograpic UK menerusi laman sosial Facebook mereka telah meraih perhatian pengguna Malaysia. Semuanya gara-gara mereka tersilap tulis dengan mendakwa Singapura terletak di Malaysia.
Baru-baru ini, National Geograpic UK ada memuat naik satu gambar yang memaparkan satu keluarga dari India sedang bersiar-siar di Gardens by the Bay, Singapura. Gambar itu nampak normal tetapi apa yang mengundang perhatian netizen adalah kapsyen pihak National Geographic UK yang mendakwa Gardens by the Bay, Singapura itu terletak di Malaysia.
“Dari Arkib: Sebuah keluarga dari India berjalan melalui Gardens of the Bay di Singapura, Malaysia,” tulis kapsyen itu.
Sampai GSC pun join troll jugak!
Setakat artikel ini ditulis, posting yang dimuat naik National Geographic UK itu sudah meraih hampir enam ribu komentar dan sudah dikongsikan sebanyak 12 ribu kali.
Rata komen menampakkan pengguna media sosial menganggap insiden itu lucu. Tak kurang juga ada yang sempat ‘troll’ National Geograpic UK sebab boleh tersalah pula kata Singapura tu kat Malaysia.
Yang tak boleh blahnya, GSC pun join sekali troll National Geographic UK ni.
Sumber: National Geographic UK
Baca: “CNN are you serious?” – Netizen Malaysia Tak Puas Hati CNN Iktiraf Cendol Singapura Paling Sedap