Sejak semalam, kecoh diperkatakan mengenai kegagalan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz untuk hadir ke sebutan pertama kes perceraian dengan isterinya, Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menurut sumber, Aliff memberi alasan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana berada di lokasi penggambaran, namun perkara itu membuatkan netizen marah kerana menganggap pelakon tersebut tidak serius dalam menyelamatkan rumah tangganya.
Artikel berkaitan: “Hingga hari ni langsung tak contact” – Bella Astillah Maafkan Ruhainies, Tapi Tak Boleh Lupakan Kisah Hitam
Artikel berkaitan: Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai, Tak Letak Syarat Kalau Aliff Aziz Nak Jumpa Anak
Aliff dan Ruhainies di set penggambaran di Johor
Dakwaan Aliff berada di lokasi penggambaran walau bagaimanapun dibuktikan benar apabila ada netizen telah merakam kelibat pelakon itu berada di lokasi penggambaran di Johor.
Menerusi video yang tular di TikTok, Aliff dilihat bersama Ruhainies, menyambung penggambaran drama bersiri Terjerat.
Netizen itu juga memaklumkan bahawa video ini dirakam pada 13 Mac 2024 dan sejam sebelum Bella hadir ke mahkamah untuk sebutan kes cerai.
Nampak kelibat Ruhainies dan Aliff Aziz tengah shooting sejam sebelum Bella failkan permohonan cerai.
“Nampaknya Ruhainies cool down dulu dekat Johor,” kata perakam video.
@masta.naim Semoga urusan korang semua dipermudahkan 🙏 #ruhainies #aliffaziz #bellaastillah #terjerat #fyp
Dalam video itu juga, dapat dilihat kedua-dua pelakon kelihatan profesional dalam melakonkan watak dan pengguna TikTok berkenaan hanya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
“Artis paling muka tembok…”
Video tersebut walau bagaimanapun telah menerima pelbagai komen negatif netizen yang mengutuk kedua-dua pelakon berkenaan atas apa yang berlaku.
Apa-apapun sebaik kita sebagai netizen elok jadi pemerhati sahaja. Doakan semoga masalah di antara mereka selesai dengan sebaiknya.