in

Netizen Puji Zara Zya Bantu Peniaga Berbangsa India, Borong Habis ‘Cotton Candy’

Zz 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita lihat di media sosial, beberapa individu yang murah hati berkongsi rezeki kepada peniaga-peniaga kecil di tepi jalan. Kebiasaannya, mereka akan memborong semua jualan tersebut dan meminta peniaga itu memberikan kepada orang lain secara percuma.

Artikel berkaitan: “Terima kasih org baik” – [VIDEO] Tertarik Lihat Senyuman Anak Penjual, Wanita Borong Semua Jualannya


Artikel berkaitan: “Selama 74 tahun hidup, takde siapa buat mcm ni”;- Warga Emas Sebak, Individu Borong ‘Licin’ Pau Jualannya 

Perkara ini sama dilakukan oleh pelakon Risik Pada Hati, Zara Zya yang sebelum ini pernah membantu peniaga kuih peneram dan kali ini pula membantu peniaga gula-gula kapas.

@zarazyaofficial

Siapa pula lepas ni ?? #zarazyaofficial

♬ Cinta Sejati Aiman Sidek Piano Cover – aberbotaque

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di memaparkan dia sedang berjalan di sekitar kaki lima sebelum terjumpa seorang peniaga berbangsa India di hadapan sebuah bank. Zara Zya dilihat sangat teruja kerana peniaga itu menjual makanan kegemarannya sejak kecil iaitu cotton candy.

Peniaga mahu cari duit lebih

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata peniaga muda itu berniaga untuk membantu ibu mencari duit lebih. Sama seperti niatnya membantu peniaga kuih sebelum ini, dia juga rasa terpanggil untuk memborong semua jualan peniaga tersebut pada hari itu.

Oleh itu, dia meminta peniaga itu membungkus semua cotton candy yang dijual untuk disedekahkan kepada kanak-kanak yang lalu di hadapan bank tersebut. Peniaga itu juga dilihat sangat gembira kerana jualannya telah habis diborong.

Video pendek itu telah mencuri perhatian netizen. Rata-rata peminatnya memuji sikap murah hati pelakon itu dan mendoakannya sentiasa dimurahkan rezeki.

Zz 1 Zz 2 Zz 3

Baiknya hati Zara… moga murah rezeki!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.