in

Netizen Puji Tindakan Janna Nick Tanya Suami Tentang Khutbah Jumaat Terakhir 2023

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemanisan dalam rumah tangga pasti menjadi impian bagi sesiapa yang dah berkeluarga. Sudah tentu, salah satu cara untuk kekalkan kemanisan tersebut adalah dengan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan dalam pelbagai hal termasuklah mengenai khutbah Jumaat sekalipun.

Baru-baru ni, pelakon hebat Malaysia, Janna Nick telah berkongsi sebuah video di akaun TikTok-nya di mana dia bertanya kepada suaminya, Dini Schatzmann mengenai isi khutbah Jumaat terakhir pada tahun lepas.


@jannanickofficial

Last kutbah for 2023! Semoga yang baik baik untuk kita semua bagi tahun 2024 ❤️ HAPPY NEW YEAR KORANG

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Dalam video tersebut, kelihatan pasangan sejoli tu sedang makan sambil bersembang tentang khutbah solat Jumaat tersebut yang dihadiri oleh Dini dan lelaki Muslim yang lain. Menurut Dini, khutbah tersebut menceritakan tentang amanah dalam kehidupan.

Capture

Artikel berkaitan: “Saya salute dengan dia” – Isu Babak Makam Rasulullah, Ustazah Asma’ Harun Dedah Janna Nick Ada DM

Artikel berkaitan: Viral Scene Kena Tendang, Sheila Mambo Minta Netizen Jangan Marah Janna Nick

Tambahnya lagi, amanah secara umumnya merupakan kejujuran dan cara kita membawa diri bila bersama orang lain dengan baik.

Antara pengajaran dalam khutbah

  1. Sentiasa amanah mengenai agama dan kepercayaan Islam dalam kehidupan seharian.
  2. Kalau kita pinjam barang orang lain, kita kena pulangkan pada pemiliknya. Sebagai contoh, hutang duit mesti dibayar semula kepada orang yang kita hutang.
  3. Kalau ada orang buat jahat pada kita, itu tak boleh dijadikan alasan untuk kita buat jahat pada orang lain.
  4. Jangan cakap buruk pasal orang lain. Ini termasuklah perbuatan fitnah yang dosanya lagi berat daripada membunuh.
  5. Jangan cerita masalah orang lain pada yang tak tahu. Sebagai contoh, kalau ada seseorang datang cerita masalahnya pada kita, itu bermakna dia percaya pada kita. Tapi, jangan pula korang pergi buka cerita dia dekat orang lain kerana itu boleh rosakkan sesuatu perhubungan.

Justeru itu, video yang mencecah jumlah tontonan sebanyak 500 ribu tu turut memperoleh pujian kepada Janna dan juga Dini yang mendengar khutbah dengan sangat teliti.

B2

Jadi, untuk para isteri, korang boleh guna taktik ni kalau nak tahu sama ada suami korang dengar tak khutbah Jumaat. Hihi!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.