Masjid adalah rumah ibadah untuk mereka yang beragama Islam. Pembinaan masjid biasanya mengambil kira ruang solat yang luas, tempat letak kereta yang banyak dan pelbagai fasiliti lain.
Mengambil kelainan dalam pembinaan masjid baharu, sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah turut membina taman permainan kanak-kanak di ruang solat dalam masjid itu. Selain taman permainan, masjid ini juga menyediakan kapsul berkatil bagi memudahkan mereka yang bermusafir untuk berehat. Korang boleh tengok masjid yang min cakap ni dalam video @tomfitree di bawah.
@tomfitree Replying to @Ustaz Yaakub Yusra Terima kasih Ustaz. Masjid punya cantik la ustaz. Memang selesa. Korang datang sini. Ada taman permainan anak-anak dan ada capsule hotel. Share video ni supaya beri manfaat ramai orang. #tomfitree #fyp #masjid #indoorplayground #capsulehotel #madad #sungaipetani #kedah
Fasiliti terbaik untuk semua
Siapa sangka masjid baharu ini ada banyak fasiliti untuk kegunaan orang ramai. Dengan adanya taman permainan dalam masjid macam ni, ibu bapa tak perlu risau sekiranya anak-anak mereka menganggu jemaah lain ketika beribadah.
Ye betul. Mungkin masjid lain boleh ikut inisiatif untuk bina fasiliti macam ni. Kalau ada duit lebih hasil derma orang ramai tu mungkin boleh buat something macam ni.
Setuju. Semoga satu hari nanti ahli kariah boleh buat dan bina kemudahan awam di tempat masing-masing. Kita tambah usaha untuk tarik lebih ramai orang datang ke masjid.
Kann.. tak pernah terfikir macam ni. Min paling suka yang kapsul tu. Memang sesuai untuk yang musafir.
Amiiinnn. Semoga Tuhan membalas jasa kepada pihak masjid yang terlibat dalam membina fasiliti macam ni.
Baca: “Terbaik dik..” – Budak Lelaki Susun Kasut Di Masjid, Netizen Kagum Hasil Didikan Ibu Bapa