Walaupun seburuk mana atau seteruk mana sikap pasangan kita, bila dah ‘naik tangan’ itu memang satu perkara yang tak boleh diterima.
Satu video kini sedang tular menerusi di platform media sosial X, memperlihatkan seorang lelaki berpakaian uniform lengkap dipercayai sedang memukul isterinya.
Artikel Berkaitan : Bukan Kes Pertama, Pegawai Polis Langgar Pelajar Didakwa Pernah Pukul Wanita Hamil Di Kedai Pakaian?
Artikel Berkaitan : Tak Puas Hati Kereta Dihon Sebab Halang Laluan, Pemandu Lori Cedera Dipukul ‘Stranger’
Dalam video yang berdurasi 32 saat itu, perakam yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut merayu-rayu kepada lelaki yang digelarkan sebagai ‘abang’ untuk tidak diapa-apakan saat lelaki itu menghampirinya.
Turut kedengaran wanita tersebut merintih kesakitan dan lelaki tersebut dilihat melakukan sesuatu kepadanya. Biarpun waktu kejadian tidak ditetapkan, sumber melaporkan bahawa kejadian ini berlaku di Sungai Udang, Melaka.
Amaran : Video ini mengandungi latar suara yang mengganggu, kebijaksanaan pembaca amatlah diharapkan.
Dalam masa sejam ia dimuat naik, video ini telah meraih lebih dariapda 900 jumlah perkongsian, rata-rata netizen menyirap melihat tindakan lelaki tersebut dan meluahkan rasa geram.
Ya allah, min dengar macam ni jadi kesian tengok diaorang.
Sumber : X