Tidak kisahlah siapa kita sekalipun, semua orang tidak terkecuali daripada mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Selain melambangkan pentadbiran yang adil, ia juga boleh mengekalkan keamanan sejagat.
Pun begitu, tak dinafikan, kadangkala ada sesetengah orang menganggap status atau pekerjaan melayakkan diri mereka untuk dikecualikan daripada mengikut mana-mana undang-undang. Seperti yang berlaku di sebuah kondominium di daerah Bang Sue, Thailand ini dimana seorang anggota polis telah memarahi dan mengugut dua orang pengawal sekuriti kerana ‘clamp’ tayar motosikalnya.
Portal berita Kosmo! melaporkan, pegawai polis yang tidak didedahkan identitinya itu enggan membayar denda parkir berjumlah RM185 yang dikenakan padanya. Tidak cukup dengan itu, pegawai terbabit juga beberapa kali menekankan kerjanya sebagai seorang pegawai polis dan mengugut akan menahan dua pengawal sekuriti itu apabila dia dinaikkan pangkat ke inspektor kelak.
“Siapa yang clamp motor ni? Tak nampak ke logo polis? Kau nak tanggungjawab ke kalau aku tak dapat berkhidmat dengan pemotoran diraja tepat pada masanya?”
“Aku dah lama tinggal kat kondo ni dan dah bercakap dengan ahli undang-undang tentang tempat parking sejak berpindah. Korang tak cukup kenal aku! Jumpa kat mahkamah! Aku akan kemukakan aduan pasal korang!” kata pegawai polis berkenaan.
Media tempatan melaporkan, dua pengawal sekuriti itu mengaku memang mereka ada mengunci tayar motorsikal pegawai terbabit dan berkata mereka hanya menjalankan tugas pada ketika itu.
Pegawai polis berkenaan juga ada mengarahkan dua pengawal sekuriti itu untuk membenarkan semua polis meletakkan kenderaan di kondominium itu secara percuma pada masa akan datang.
“Korang memang b*d*h! Bila aku jadi inspektor nanti, siap lah! Aku tangkap korang!” kata pegawai itu lagi.
Tidak mengejutkan apabila isu berkenaan mula tular dan pegawai polis terbabit menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Polis Diraja Thailand susulan isu itu.
Sumber: Kosmo!
Baca: Kenderaan Disondol Van Polis, Tapi Mangsa Yang Disaman