in

Netizen Jepun Kesal Rakyat Malaysia Suka Hati ‘Double Park’, Viral Sampai Masuk Berita

Rakyat Malaysia Double Park Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, situasi double park ni berlaku setiap masa terutamanya dekat kawasan padat seperti kawasan perumahan dan tempat letak kereta awam.

Tapi, budaya double park ini tidak berlaku di semua negara seperti di Jepun, mereka amat menitikberatkan isu parkir.


Namun, tindakan rakyat Malaysia yang berada di sana melakukan parkir bertindih ini telah mencetuskan kemarahan warga Jepun.

Artikel berkaitan: “25 set nasi lemak terpaksa dibuang” – Restoran Di Jepun Dakwa Kena Tipu, Ejen Dari Malaysia Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: “Tolonglah” – Pemandu Bas Kesal Pemilik Kereta ‘Parking’ Sesuka Hati Sampai Ganggu Jalan Awam

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna X @pja_chan yang meluahkan rasa malu apabila tindakan rakyat Malaysia itu turut mendapat perhatian media Jepun.

“Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

“Ini parking berbayar yang dah ada space untuk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat camni sampai menyusahkan orang ya,” katanya.

Dia yang turut berkongsi mengenai berita itu berkata, kejadian terbabit berlaku pada 29 April lalu berhampiran Matsumoto Castle, Aichi Prefecture yang mana kereta tersebut adalah kereta sewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.

Kejadian berlaku apabila pemilik kereta hadapan yang berada di petak parkir tidak boleh keluar kerana jalannya telah dihalang oleh kereta sewa rakyat Malaysia.

Gmt4Vflbmaa8Uq1

Pemilik kereta di belakang pula mendakwa rakyat Malaysia itu menyuruhnya untuk mengundurkan kereta supaya mereka boleh keluar.

Bagaimanapun, perkara itu dapat diselesaikan dengan bantuan ‘servis jack’ kereta dan makan masa selama 3 jam.

Menurut @pja_chan, parkir di Jepun boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

“Ada designated parking space berbayar. Tak ada istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah rakyat Malaysia dekat internet.”

Disebabkan hal itu juga, rakyat Malaysia terbabit perlu membayar tiket parkir untuk kesemua tujuh kenderaan yang terjejas.

Pergi negara orang, jangan bawa sekali perangai tak semenggah. Hmm

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.