in

Netizen Indonesia Kecam Tindakan Seorang Wanita Ajar Anak Kecil Pandu Kereta

ajar anak kecil pandu kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang wanita di Indonesia mengajar kanak-kanak bawah umur memandu kereta telah mencetus kritikan dan kecaman daripada netizen Indonesia.

Video wanita itu mengajar seorang budak perempuan yang masih kecil memandu dan membenarkan kanak-kanak itu memegang stereng ketika kereta bergerak telah tular di media sosial negara seberang itu sejak semalam.


Dalam video yang tular itu, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu duduk di pangkuan riba seorang wanita dipercayai ibunya atau ahli keluarganya di tempat duduk pemandu sambil kanak-kanak itu memusingkan stereng kereta tersebut.

10 3

Artikel berkaitan: Bermain Di Tempat Duduk Driver, Budak Tak Sengaja Tertekan Pedal Minyak Kereta Showroom & Rempuh Dinding Mall

Artikel berkaitan: Polis Kesan Ibu Bapa Remaja 14 Tahun Pandu Laju Kereta Bawa 2 Adik Di Kawasan Perumahan

Meskipun pedal minyak dan brek kereta itu dipercayai dikendalikan oleh wanita dewasa di dalam video itu, namun rata-rata warganet Indo mengatakan bahawa tindakan tersebut tetap boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain

.

Difahamkan, kereta tersebut dipercayai dipandu oleh kanak-kanak itu dengan bantuan orang dewasa itu di kawasan perumahan mereka.

Memetik laporan Kompas.com, ibu kepada kanak-kanak itu menjelaskan bahawa kereta itu dipandu oleh anaknya dengan pantauan orang dewasa ketika waktu orang bekerja, jadi jalan di sekitar kawasan perumahan tersebut pada ketika itu agak sepi.

11 3

Sumber: Kompas.com

Sumber: X
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.