in

“Netizen hanyalah orang luar” – Isu Lempang Pemain: Pasukan Bola Tampar Pertahankan Jurulatih?

Lempang Pemain Bola Tampar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu jurulatih menampar pemain bola tampar ketika dalam sebuah perlawanan menjadi antara topik yang hangat dibincangkan di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, pasukan tersebut ialah pasukan bola tampar wanita bawah 14 tahun dari negeri Melaka, video tersebut mendapat kritikan ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.


Hannah Yeoh menyelar tindakan jurulatih tersebut yang dikatakan berang berikutan dua pemain itu menjadi punca pasukan mereka kehilangan mata dalam perlawanan pada Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Malaysia pada 16 Disember lalu di Johor.

https://twitter.com/nick6ty8/status/1609482122494083072?s=20&t=F6J_L4cP1w8uSPEnYXYceA

Walaupun mendapat kritikan yang teruk daripada netizen, sebuah akaun Twitter yang dikatakan akaun rasmi pasukan bola tampar berkenaan menyatakan jurulatih mereka itu bukanlah berada di pihak yang salah.

Malah, mereka turut mempertahankan tindakan jurulatih tersebut dengan mengatakan jurulatih itu telah membentuk serta melatih mereka hingga mencipta sejarah untuk negeri Melaka.

“Sebagai anak murid beliau juga berasa kecewa atas perbuatannya tetapi satu kesalahan yg telah beliau lakukan takkan menutup segala kebaikan yg telah beliau lakukan. 

Untuk pengetahuan semua, isu ini telah lama selesai, tiada hurt feeling daripada para pemain dan juga ibu bapa kami,” tulisnya.

Selain itu, mereka turut meminta agar orang ramai menghentikan kecaman terhadap jurulatih tersebut dan mengakui perbuatan itu salah tetapi ia adalah sekadar didikan agar para pemainnya lebih baik dalam gelanggang.

Baca: Tular Insiden Tampar Pemain Bawah Umur, Jurulatih Bola Tampar Buat Permohonan Maaf

Jurulatih Mohon Maaf Isu Tampar Pemain

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.