in

Netizen Buat Keputusan Bantu Gelandangan Selepas Mereka Dihalau dan Barangan Dibakar

Home

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap rakyat sebeginilah yang membuat Malaysia lebih harmoni.

Semalam, seorang lelaki bernama Gary berkongsi kisah tentang masyarakat yang kehilangan tempat tinggal serta kesusahan yang telah mereka lalui.


Melalui status di Facebook, Gary memberitahu bahawa kebanyakkan gelandangan merupakan rakyat dari Timur Malaysia.

Golongan ini akan memancing ikan di longkang berhampiran, memasak sendiri menggunakan periuk dan kuali lama, malah menyediakan kawasan untuk mencuci, dan tidur.

Homeless1
sumber: facebook

Bagaimanapun, minggu lalu, sebuah ‘agensi tidak dikenali’ telah memusnahkan dan membakar hampir kesemua barang kepunyaan mereka. Barang-barang yang tidak boleh dibakar telah dicampakkan ke dalam longkang besar.

Mereka malah turut dihalau oleh wakil-wakil agensi itu. Memikirkan tentang keselamatan diri, mereka semua lari dalam ketakutan tanpa membawa barangan lain selain pakaian.

Selepas mendengar berita buruk itu, Gary mengambil keputusan untuk membantu mereka semua setakat yang mampu.

Malam kelmarin, Gary meminta kawannya untuk bertanya kepada mereka apa yang paling diperlukan. Sebaik sahaja mendapat senarai barangan diperlukan, Gary bersama dua rakannya segera membeli.

Pada malam itu, mereka bertiga keluar membeli bekalan makanan, perkakasan dapur, tuala wanita, ubat, tilam, selimut, beg serta tuala dan barangan lain yang mereka rasakan berguna untuk 15 hingga 20 orang gelandangan itu.

Homeless2
sumber: facebook

Dia juga berjaya mendapat bantuan di saat-saat akhir dari seorang rakan di Facebook yang membeli kelengkapan peribadi.

Memandangkan mereka kekurangan tenaga kerja, rakan Facebook Gary itu menawarkan diri untuk membantu menghantar barangan tersebut kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal itu. Rakannya malah turut membawa keluarganya untuk membantu!

Gary turut berkata,

Meskipun nasib mereka sebegitu, mereka tetap baik hati dan gembira serta masih bersikap optimis berfikir bahawa hari esok masih cerah. Mereka juga pernah kehilangan barangan peribadi tidak lama sebelum ini.”

Bagaimanapun, masih ramai yang mempunyai sifat kemanusiaan dan membantu mereka meskipun mereka sudah mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup.

Gelandangan itu turut berkongsi cerita kepada Gary bahawa beberapa hari sebelum, pekerja Alam Flora mendapat tahu tentang kisah itu dan telah memberi mereka beberapa barangan masakan.

Meskipun makanan mereka terhad, gelandangan itu tetap mempelawa Gary kari ikan yang baru dimasak, namun dia menolak kerana terlalu emosi pada ketika itu.

Hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu banyak, sekadar mengikut kemampuan anda pun sudah cukup memadai untuk mengukir senyuman di raut wajah mereka.

Jika anda mahu menyumbang, boleh mesej Gary di Facebook!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.