in

Netizen Berseloroh Mahu Ruhainies Berlakon Watak Orix Dalam Duyung 2?

Ft Orix Ruhainies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, selepas 16 tahun, KRU telah mengumumkan filem sekuel Duyung iaitu Duyung: Legenda Aurora bakal dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Saiful Apek, Maya Karin, Yusry, Anna Jobling, Yasmin Hani dan ramai lagi.

Dengan pendedahan senarai nama pelakon dan watak yang mereka bawakan ini, pastinya ramai yang teruja terutamanya individu yang menonton filem ini pada 16 tahun lepas.


Artikel berkaitan : “Allah baru uji, takkan saya nak mengeluh” – Ruhainies Kongsi Tips Sabar & Tenang Buat Orang Diuji

Artikel berkaitan : Aliff Aziz Dedah Hubungan Dengan Bella Dah Lama Retak, Selalu Kongsi Masalah Dekat Ruhainies

@maskulinmy

Setelah 16 tahun, KRU telah mengumumkan sequel untuk filem Duyung iaitu Duyung – Legenda Aurora. Barisan telah pun diperkenalkan dan mereka masih lagi mengekalkan beberapa pelakon dari filem Duyung yang pertama. #maskulin #duyung #legendaaurora #kru #filem #fyp

♬ Aspalela – Saiful Apek

Dalam keterujaan mereka di ruangan komen, ada pula yang berseloroh dengan mencadangkan agar pelakon Ruhainies memegang watak Orix (beruk kesayangan watak Jimmy yang dilakukan oleh Yassin Senario dalam filem Duyung).

Screenshot 2024 09 09 122937 Screenshot 2024 09 09 122957 Screenshot 2024 09 09 123051

Walau bagaimanapun, watak Orix dalam sekuel filem Duyung ini sebenarnya sudah dipegang oleh seorang pelakon iaitu Yassin Senario sendiri.

Sebagai info, KRU Studios Sdn Bhd, 8 Bit Studio Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd bekerjasama untuk menghasilkan kesinambungan filem Duyung selepas 16 tahun.

Pengarah masih lagi dikekalkan iaitu Datuk Profesor A Razak Mohaideen serta beberapa pelakon dari filem pertama iaitu Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin Senario. Bahkan filem Duyung: Legenda Aurora ini juga bakal menyaksikan gandingan pelakon lama dan baharu.

Antaranya ialah  Anna Jobling, Ayie Floor 88, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, A Shukoor Mohaideen dan ramai lagi pelakon yang akan muncul sebagai penampilan istimewa.

Sumber : TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.