in

“Negara mana ni?” – Achey Tergamam Nak Jawab, Anak Tanya Jantina Tetamu ‘Red Carpet’ AJL

achey ajl anak jantina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di sebalik kemeriahan acara berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) malam tadi, timbul isu yang tidak enak dan kini menjadi perhatian ramai selepas tular video memaparkan beberapa tetamu lelaki memakai busana persis wanita dalam acara red carpet.

Ramai yang meluahkan rasa kurang selesa apabila tetamu-tetamu lelaki tersebut kelihatan begitu terbuka berpenampilan seperti itu.


WhatsApp Image 2025 02 17 at 12.37.20 a8d1bd93

Artikel berkaitan: Influencer Pakai Busana Seakan-akan Wanita Di AJL, Netizen Mohon JAKIM Ambil Tindakan Tegas

“Aku kat negara mana ni?”

Perkara ini juga turut meraih perhatian pelawak Achey yang meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang berlaku dalam acara terbabit.

Achey dalam satu hantaran di Instagram juga mempersoalkan tujuan media memuat naik video berkenaan sebagai isu utama.

“Makin berani dalam media sosial. Media siap buat posting, ibarat benda tu nak diuar-uarkan ‘kita ada platform untuk korang muncul ni’.

“Sekarang ni seolah-olah KECAMAN SATU MARKETING YANG HEBAT. LESEN BESAR MANA NI?”

Dalam pada itu, Achey juga berkongsi dia sendiri tergamam untuk menjawab apabila anaknya bertanya mengenai jantina mereka ketika menonton media sosial anak Shuib, Talitha Shuib.

“Anak aku tengok Talita posting. Pastu keluar posting macam tu. Dia tanya lelaki ke perempuan pun aku tergamam nak jawab apa,” katanya.

Achey turut meluahkan kebimbangannya terhadap kesan media sosial kepada generasi muda jika perkara sebegini dinormalisasikan.

“Aku tak baik mana tapi aku pun boleh kenal MANA BOLEH MANA YANG TAK BOLEH. Secara tak langsung generasi akan datang dapat didikan apa sekiranya mereka ada impian menjadi selebriti yang berkualiti?”

Justeru, Achey menegaskan isu sebegini tidak boleh didiamkan dan perlu buat sesuatu untuk mengelak ia daripada terus melarat.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.