Bila baca perkongsian daripada Dr Aliff Zaki ini, rasa macam tersedar seketika kerana ramai yang kurang cakna tentang kesihatan. Manakan tidak, jika diperhatikan sekarang, terlalu banyak makanan viral yang kita suka ‘kejar’ tanpa memikirkan jumlah kandungan gula, lebih-lebih lagi manisan yang melampu-lampau.
Mengejar nikmat makanan sampai lupa kesannya kepada kita nanti, buktinya, Dr Aliff Zaki kongsikan menerusi laman X miliknya bahawa negara kita kini sedang mengalami masalah bekalan insulin.
Artikel berkaitan : Doktor & Anak Cedera Parah Gara-gara Dirempuh Remaja 18 Tahun Pandu SUV
Artikel berkaitan : 3 Doktor Pakar Direman Kerana Tipu Tuntutan Perkeso RM 2.1 Juta
Lebih menyedihkan, stok bekalan insulin sangatlah rendah dan berada di tahap kritikal sehinggakan pesakit yang bergantung kepada insulin yang sedia ada juga terpaksa dicatu.
Negara kita ada masalah bekalan insulin. Stok bekalan rendah tahap kritikal. Pesakit yang sediada pun kena catu. Kalau kes baru, tak mampu nak mulakan. Jaga makan tau semua orang. Kalau tak, we take legal action ya.
— Aliff Zaki (@alepzaki) November 22, 2024
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, ada individu mendedahkan bahawa sistem kesihatan negara kita dah hampir lumpuh bahkan generasi doktor pula makin berkurang, jadi adalah penting untuk kita menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat, pendedahan itu dipersetujui oleh Dr Aliff sendiri.
Rasa seram bila baca, harap jagalah kesihatan dan rajin-rajin lah bersenam.
Sumber : X