in

“Nazar tercapai” – Sujud Syukur Lepas Menang Emas, Atlet Taekwondo SUKMA Umum Sudah Peluk Islam

Islam 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular mengenai seorang atlet yang mewakili Terengganu dalam acara Taekwondo di Sukan Malaysia (SUKMA) apabila dia mengumumkan sudah memeluk Islam.

Peluk Islam sebulan lalu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @timothyzxhra di TikTok, kelihatan atlet yang bernama Fu Ceen Put Thai berlari keriangan bersama seorang individu sambil mengibarkan bendera Terengganu selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara kyorugi kategori lelaki bawah 63 kilogram.


Artikel berkaitan: “Rasa lebih tenang” – Selepas 6 Tahun, Ibu Bapa Ikut Jejak Anak Peluk Islam

Artikel berkaitan: “Banyak yang dia ajar” – Angeline Tan Dedah Peluk Islam Atas Bimbingan Sabri

Islam 2
Sumber: majlis sukan negeri terengganu

Di hadapan khalayak ramai termasuklah orang tuanya, Fu Ceen terus membentang bendera lalu mengangkat takbir dan sujud syukur di dalam gelanggang acara.

Fu Ceen reveal dah masuk Islam depan ibu bapanya lepas menang emas di SUKMA

@timothyzxhra

Welcome to the fam, brother 💫✨ #SUKMA #sukma2024 #taekwondo #taekwondowtf #worldtaekwondo #terengganu #athlete

♬ الصوت الأصلي – الصَمِت”𓁹

Pilih nama Fathurrahman

Menerusi Sinar Plus, atlet taekwondo Terengganu itu sudah bergelar Muslim sejak sebulan lalu dan memilih nama Islamnya sebagai Fathurrahman. Fu Ceen yang merupakan pelajar semester satu, Diploma Pengurusan Hotel, Politeknik Metro, Kuala Lumpur kini tersenarai dalam program atlet pelapis kebangsaan.

Saya telah mula memeluk Islam pada Disember tahun lepas. Kini saya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan ibu saya kerana saya memang selalu meluangkan masa dengannya.

Tindakan ‘berani’ Fu Ceen telah menarik perhatian ramai penonton termasuklah netizen di media sosial.

Islam 1

Allahu.. moga dipermudahkan urusan 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.