Kebelakangan ini, cuaca agak panas pada waktu siang dan hujan pada waktu malam. Mesti ramai yang tertanya-tanya adakah ini fenomena biasa
Dalam sebuah kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, difahamkan keadaan cuaca itu berlaku disebabkan permulaan Monsun Barat Daya yang dijangka akan bermula pada 14 Mei ini dan berakhir pada pertengahan September.
Kenyataan itu juga memberitahu, disebabkan keadaan itu kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami hari tanpa hujan yang lebih tinggi berbanding musim lain kerana taburan hujan agak rendah.
Hujan lebat dan angin kencang masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.
Biasanya, musim ini akan berlaku jerebu yang teruk disebabkan pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober dan Jabatan Meteorologi menyarankan untuk mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka dan menggunakan air secara berhemah kerana cuaca yang panas boleh mengganggu bekalan air.
“Musim panas sudah tiba!”
Pemberitahuan Jabatan Meteorologi itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang sudah mula bersedia dengan keadaan cuaca tersebut dan ada juga yang bersyukur musim panas tahun ini tidak berlaku pada bulan puasa.
Korang pun kena siap sedia ok?
Baca: “Patutlah panas!” – Malaysia Alami Cuaca Panas Kerana Ekuinoks?