Nampaknya kes dera kanak-kanak di Malaysia masih lagi tidak berkesudahan. Beberapa hari lepas, kecoh pula apabila belakang badan seorang kanak-kanak lelaki melepuh dan ‘berlubang’ dipercayai akibat didera oleh ibu dan seorang lagi wanita yang dipercayai rakan serumahnya.
Sebelum itu, tular di media sosial Twitter tentang sebuah video yang menunjukkan keadaan badan kanak-kanak itu.
Difahamkan, video itu dirakam ketika jiran-jiran menyerbu rumah kanak-kanak itu dan meminta mangsa keluar untuk melihat keadaannya.
Dapat info dakwaan kes dera berlaku di kawasan perumahan Layangkasa Pasir Gudang, Johor.
Mangsa berumur 7 tahun. Hujung video ada klip kesan dera, kalau tak sanggup jangan tengok ya.
Jiran-jiran dan masyarakat seperti ini yang kita perlu ada jika mahu kejadian dera dihentikan.… pic.twitter.com/9y8ppeeoSS
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 12, 2023
Dalam video berkenaan juga, jiran-jiran bertindak menyelak bahagian belakang baju yang dipakai oleh kanak-kanak yang dikatakan berusia tujuh tahun itu untuk melihat kecederaannya.
Difahamkan juga, laporan polis tentang kes yang berlaku di Pasir Gudang, Johor itu telah dibuat oleh jiran-jiran.
Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk diberi rawatan manakala ibu dan rakannya yang tomboy telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Buletin TV3
Baca: Tular Video Kanak-kanak Didera Di Taska, Ibu Meraung Tengok CCTV Anak Dipukul