in

Nasi Kandar RM5? Restoran Hameediyah Bakal Perkenal Menu Rahmah Bulan Depan

menu rahmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Menu Rahmah diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia, banyak restoran dan gerai di Malaysia yang menyahut cabaran ini dengan menjual menu harga mampu milik.

Terbaharu, restoran nasi kandar popular, Restoran Hameediyah membuat pengumuman turut akan memperkenalkan Menu Rahmah di rangkaian restoran mereka bermula awal bulan depan.


hameediyah

Menurut Pengurus Restoran Hameediyah Lebuh Campbell, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, Menu Rahmah yang bakal diperkenalkan itu berharga hanya RM5. Dengan harga tersebut, pelanggan boleh menikmati nasi putih berlaukkan ayam dan sayur, serta air sirap.

Sambungnya lagi, pihak Restoran Hameediyah sudah lama merancang untuk memperkenalkan menu mampu milik kepada pelanggan sebelum kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah.

“Kami sememangnya merancang memperkenalkan menu mampu milik kepada pelanggan sebelum kerajaan menyarankan peniaga menyediakan Menu Rahmah kepada orang ramai.

”Kami berharap menerusi menu ini kelak akan membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati hidangan-hidangan menarik pada harga berpatutan di restoran kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Menu Rahmah hanya akan dijual pada hari-hari terpilih sahaja di rangkaian restoran nasi kandar ini iaitu pada hari bekerja, dan bukannya pada hujung minggu atau cuti umum. Pihak Restoran Hameediyah juga memaklumkan saiz hidangan adalah berbeza daripada hidangan biasa

”Kami mungkin akan letakkan Menu Rahmah ini pada hari bekerja, bukan pada waktu hujung minggu atau cuti umum. Saiz hidangan menu ini akan lebih kecil berbanding hidangan biasa di restoran memandangkan soal kos juga perlu diambil kira”, katanya dalam satu kenyataan.

Siapa sangka kita akan dapat merasa nasi kandar berharga RM5? Tahniah buat Restoran Hameediyah!

Kredit: Utusan

BACA: Asal Usul Nasi Kandar Yang Ramai Tak Tahu, Sebenarnya Makanan Ruji Buruh Kasar?

cats 24

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.