Kalau korang perasan, debaran sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini semakin terasa lebih-lebih lagi banyak kisah dan video persiapan hari istimewa ini tular di media sosial.
Salah satunya adalah seorang pemuda di TikTok @wisy_lukis yang menyerlahkan kreativitinya melukis gambar tiga bangunan terkenal dan bersejarah di Malaysia di atas kain songket.
Guna kain songket baju Melayu
Menerusi video yang dimuat naik, pemuda tersebut menggunting terlebih dahulu kain songket tenun mengikut ukuran bingkai gambar.
Tanpa melakar terlebih dahulu, dia terus mengecat kain songket itu menggunakan warna putih sehingga membentuk tiga bangunan ikonik Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur serta bangunan Sultan Abdul Samad yang bertempat di hadapan Dataran Merdeka.
Artikel berkaitan: “Tuhan dah bagi tubuh badan, kena harga” – Luahan Pak Cik OKU Jual Lukisan Undang Sebak
Artikel berkaitan: “Ini Baru Betul Bakat Terpendam!” – Seorang Kanak-kanak Perempuan Ubah Contengan Jadi Hasil Lukisan Luar Biasa
Di atas warna putih bagi setiap bangunan itu, dia mula melukis dengan lebih teliti bentuk dan lakaran sebelum mengecatnya menggunakan warna sebenar bangunan-bangunan tersebut.
Setiap inci dalam lukisan bangunan itu dicat dengan teliti dan halus serta mengenakan tona warna yang tepat. Bagi menaikkan lagi seri gambar tiga bangunan itu, dia melukis dan mewarnakan detail bangunan menggunakan pen berwarna hitam.
Setelah siap, pemuda itu memasukkan songket tersebut ke dalam satu bingkai gambar dan mengambil gambar di hadapan Menara Berkembar Petronas.
@wisy_lukis untuk sambutan kemerdekaan kalini, aku lukis bangunan-bangunan ikonik kat Malaysia atas sampin ni! 😁🇲🇾 Selamat Hari Merdeka semua! #merdeka #malaysia #art
“Kreatifnya!”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat hasil lukisan tersebut kerana ia dilukis di atas kain songket.
Selain itu, ada yang mencadangkan supaya lukisan itu dihadiahkan kepada Bapa Permodenan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Cantiknya! Kagum min tengok orang kreatif macam ni!
Sumber: TikTok