Seorang lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) bisu yang dilaporkan hilang petang semalam ditemukan maut di dalam sebatang parit di Parit Abas, Kuala Kurau, Perak pada sekitar 8 malam tadi.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Rosdi Sabli ditemui dalam keadaan meninggal dunia di dalam parit tersebut bersama motosikalnya.
Difahamkan, penduduk setempat pada mulanya melihat lampu berkelip-kelip di dalam parit itu sebelum menemui mangsa.
Artikel berkaitan: Lori Mengundur Secara Tiba-tiba, Polis Tahan Pemandu Lori Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal
Artikel berkaitan: 2 Buah Lori Terjatuh Dalam Lubang Benam Di Busan, Korea Selatan
Sebelum itu, mangsa yang berusia 30-an telah dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas mangsa keluar rumah sekitar jam 3.30 petang namun mangsa tidak pulang ke rumah meskipun jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.
Menurut adik mangsa, Shahrol Nizam Sabli, mangsa selalunya akan berada di rumah kerana akan ke surau untuk solat Maghrib seawal jam 6.30 petang.
Mangsa dipercayai mungkin diserang sawan ketika menunggang motosikal kerana difahamkan, mangsa sememangnya menghidap penyakit sawan.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro