Rasanya ramai yang dah sedia maklum bahawa pelakon Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar sudah bercerai pada tahun lalu selepas 19 tahun bersama.
Kini masing-masing bahagia dengan kehidupan sendiri dan terbaru, Ellie telah dilihat hadir ke majlis pelancaran Tiga Drama Hebat yang diadakan semalam, yang mana dihadiri juga oleh bekas suaminya.
Pertama kali bertemu selepas setahun bercerai
Ellie, 53, dalam temuramah dengan hLive berkata, ini adalah pertama kali dia bertemu dengan bekas suami dalam satu majlis dan dia tidak mempunyai masalah bertemu dengan Azri meskipun mereka sudah tiada ikatan sebagai suami isteri.
Selepas bercerai tahun lalu ini adalah first event kitaorang. Sebagai seorang artis yang profesional kita orang kenalah hadir pada pelancaran drama ini, kita berada dalam drama yang sama tapi berlainan episod…
“Tapi takdelah kita orang datang bersama dan balik bersama,” katanya.
View this post on Instagram
Bila ditanya sama ada Ellie ada berkomunikasi dengan Azri ketika dalam majlis itu, dia menjawab tidak.
Kedua-dua mereka difahamkan bergandingan sebagai pelakon undangan dalam drama bersiri terbaharu Tanah Kubur yang bakal bersiaran di Astro Ria pada 11 Ogos ini.
“Makin cantik lepas bercerai”
Penampilan Ellie ketika majlis pelancaran drama tersebut telah mendapat respon positif netizen yang mana rata-rata memujinya kelihatan lebih cantik dan muda selepas bercerai.
Ramai juga yang memberi kata-kata semangat kepada Ellie yang dilihat sangat matang dalam perhubungan dan tidak membuka aib bekas suami walaupun sudah bercerai.
Suka tengok Ellie makin bahagia dan berseri-seri, harap Azri pun sama juga. Katanya masih kumpul duit nak kahwin kan?