in

“Nama tengah busuk” – Aisyah Hijanah Terkilan Ada Pihak Guna Namanya Untuk Tujuan Tak Betul

ft aisyah hijanah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdepan dengan pelbagai kontroversi, Aisyah Hijanah baru-baru ini mendakwa ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.

Menurutnya, namanya telah ‘dipetik’ oleh segelintir pihak sebagai penyamaran atau modal untuk memperdayakan orang lain.


Malah, pihak yang tiada kena mengena dengannya pun dikatakan cuba ambil kesempatan dengan ‘menjual’ namanya.

Artikel berkaitan : Alif Teega & Aisyah Hijanah Mengaku Tidak Bersalah 10 Tuduhan Salah Guna Kutipan Derma RM1.6 Juta

Artikel berkaitan : Aisyah Hijanah Failkan Cerai Terhadap Suaminya, Alif Teega

Menurut perkongsiannya di IG Story, pihak tersebut cuba memburukkan lagi namanya saat reputasinya kini sedang tercalar.

“Aisyah maklum memang banyak sangat orang yang menggunakan nama Aisyah sekarang untuk tujuan yang tak betul. Nama tengah busuk memang lebih banyak tahi daripada bunga yang orang bagi.”

“Yang tak ada kena mengena pun buat cerita macam-macam. Semoga Allah bagi pahala sabar yang besar kepada Aisyah di dunia, akhirat & masuk syurga tanpa hisab.”

IMG 8763 1

Kata Aisyah lagi, rakannya memberitahu kepadanya bahawa ada syarikat audit yang lambat buat kerja telah menggunakan alasan kononnya sibuk menjalankan kerja-kerja audit untuk ‘Aisyah Hijanah’ padahal dia tiada kena mengena langsung dengan syarikat audit tersebut.

“Masa-masa macam ni memang akan banyak orang gunakan benda buruk-buruk. Habunallah Wanikma Wakil.”

Kesian juga bila ada orang buat macam ni.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.