in

“Nak test takdir” – Orang Awam Selamba ‘Langgar’ Kawasan Larangan, Jalan Atas Tanah Jerlus Di Masjid India

Ft Tanah Jerlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kejadian yang menimpa di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini, ia pastinya mendatangkan rasa panik terhadap orang awam untuk berada di kawasan tersebut apatah lagi menghampiri kawasan ke lokasi kejadian.

Namun begitu, lain pula dengan individu-individu yang berada di kawasan tersebut, mereka dilihat seperti menganggap situasi itu perkara remeh, ia dapat dilihat menerusi satu rakaman video yang kini sedang tular di TikTok.


Artikel berkaitan : “Terdapat halangan…” – Bomba Henti Operasi SAR Wanita Warga India

Artikel berkaitan : Polis Tak Isytihar Jalan Masjid India Sebagai Zon Tak Selamat Sebab…

Dalam video tersebut, dilihat terdapat satu lagi kejadian tanah jerlus di kawasan itu dan pihak polis telah menutup kawasan tersebut serta meminta orang awam berhati-hati dengan situasi ini.

Jika diperhatikan keadaan di lantai tersebut agak tidak selamat tetapi seorang lelaki dengan selamba berjalan di atas kawasan tanah jerlus itu dan memijaknya seperti tiada apa-apa berlaku.

Dalam masa 3 hari, video ini telah meraih jutaan jumlah tontonan di TikTok dan rata-rata netizen sangat bimbang apabila melihat tindakan lelaki yang melalui kawasan tersebut.

Screenshot 2024 09 02 123938 Screenshot 2024 09 02 124000

Untuk rekod, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur kerana berdepan beberapa kekangan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.