in

Nak ‘Test Power’ Kereta, Dua Mekanik Dicekup Berlumba Haram Di Lebuhraya DASH

lumba haram lebuhraya dash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ada yang tidak hirau dengan undang-undang apabila menjadikan jalan raya sebagai litar lumba atau test power kemampuan kereta yang dimiliki.

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik di media sosial memaparkan rakaman CCTV sekumpulan individu memandu Proton Satria secara melawan arus dan berlumba berhampiran sebuah Plaza Tol di Lebuhraya DASH.


Memetik kenyataan PROLINTAS yang dimuat naik di laman Facebook, dimaklumkan tiada permit sah dikeluarkan oleh pihak mereka untuk aktiviti perhimpunan tersebut.

Dua daripada enam suspek berjaya ditahan

Sumber Kosmo melaporkan, dua daripada suspek yang menyertai lumba haram di lebuhraya DASH berjaya ditahan oleh pihak polis.

Dua mekanik berusia 20 dan 29 tahun ditahan kira-kira pada jam 11.49 malam di sekitar daerah tersebut selain berjaya merampas dua kereta jenis Proton Satria yang digunakan oleh mereka.

Screenshot 2023 02 28 at 10.57.08 AM

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati perlumbaan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam.

Menurutnya, enam buah Proton Satria buat aksi berlumba bermula dari Plaza Tol Denai Alam sehingga susur ke Pulau Angsa Lebuhraya DASH dan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam.

“Jarak perlumbaan bagi sehala adalah kira-kira dua km,” katanya.

Difahamkan, penganjuran lumba haram itu lebih kepada menguji jentera masing-masing tanpa tawaran hadiah.

Hasil pemantauan juga mendapati terdapat beberapa kesan tayar kereta ditinggalkan di sepanjang laluan terbabit.

Sehingga kini, pihak polis sedang mengesan empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Sudahlah bising, boleh mendatangkan bahaya pula tu!

Baca: Kajian: Ramai Anak Muda Jadi Mat Rempit Kerana Pengaruh Rakan Sebaya, Bukan Salah Kerajaan

3 5

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.