in

“Nak tengok effort” – Wanita ‘Reject’ Lelaki Lepas ‘First Date’ Sebab Tak Bayarkan Kopi

Ft Date Tak Bayar Kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain orang lain caranya mereka nilaikan seseorang itu layak atau tidak menjadi pasangannya, bila berkenalan biasanya si lelaki akan bayarkan makan, namun begitu ia sebenarnya bukanlah satu etika mahupun kewajipan dalam first date.

Tapi tak sangka pula ada yang anggap ia adalah satu perkara yang perlu diambil kira sampaikan kena reject terus, kes ini terjadi dekat negara barat dimana seorang lelaki ini kena ‘reject‘ hanya sebab tak bayarkan masa wanita itu beli kopi.


 

Itu common courtesy!

Perkara itu didedahkan apabila ada satu perbualan mesej antara pasangan yang ‘tak jadi’ ini di Reddit. Si wanita itu menjelaskan mahu menamatkan sesi perkenalan mereka.

Menerusi Reddit, satu perbualan menunjukkan seorang wanita mahu menamatkan sesuatu, apabila ditanya, dia terus menjelaskan sebabnya dan huraikan bahawa ia adalah satu perkara common untuk lelaki bayar semuanya pada date pertama.

Ject

“Kau langsung tak cuba buat atau offer. Aku takkan suruh, aku ada duit sendiri tapi aku nak tengok effort kau dan kewarasan akal kau sebagai orang lelaki. Kau bukan orangnya.”

Malah, wanita itu turut menyatakan bahawa dia ada firasat mengatakan lelaki itu tidak serius dan malas dan ternyata ianya benar. Katanya kepada lelaki itu lagi, dia bukan mencari hubungan sebelah pihak di mana dia yang tanggung semua beban.

Perkongsian itu telah meraih lebih daripada 4,900 komen dimana ramai yang backup lelaki tersebut. Namun begitu, ada juga yag beranggapan bahawa tindakan wanita tersebut betul sebab dah ‘selamatkan’ diri daripada pasangan ‘biawak hidup’.

Baca : “Tak tahu malu!” – Lelaki Selamba Ajak Isteri Rakan Sekerja ‘Dating’ Lepas Sebulan Suami Meninggal Dunia

Reddit 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.