in

“Nak support peniaga tapi…” – Wanita Kecewa Dapat Nasi Lemak ‘Terhimpit’?

Nasi 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak bila korang beli makanan yang sudah siap bungkus dan apabila bungkusan itu dibuka, terjadi pula sesuatu yang tidak kena? Kadang-kadang makanan tersebut sudah pun basi ataupun ada bendasing dalam makanan itu.

Sama seperti yang terjadi kepada seorang wanita di TikTok apabila dia mendapat sebungkus nasi lemak bertekstur seperti nasi himpit.


@ainnurcantik

Bila support sesama melayu be like 🤣 #supportmelayuniaga #fypシ #viral

♬ original sound – imeranbrad – user97253708527

Nasi lemak ‘terhimpit’ ke?

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ainnurizzati08_ di TikTok, dia pada ketika itu sedang memotong sedikit demi sedikit ketulan nasi lemak tersebut gara-gara teksturnya melekit seperti nasi yang dikepal.

Kecewa dengan tekstur tersebut, wanita itu bertanya kepada netizen dengan menulis soalan dalam video.

Nak tanya ni nasi lemak ke nasi impit?

Sepatutnya, tekstur nasi lemak itu sendiri perlulah seroi, sama macam nasi biasa dan tidak boleh dikepal seperti yang ditunjukkan dalam video.

Artikel berkaitan:Masukkan Arang Dalam Kopi, Peniaga ‘Kopi Joss’ Berdepan Denda RM10,000 – KKM

Artikel berkaitan: “Bawa sikitlah pitih tu” -Peniaga Luah ‘Terbeban’ Dengan Pelanggan Guna Cashless

Nak support peniaga tapi..

Dalam kapsyen video tersebut, dia meluahkan rasa tidak puas hati kerana niatnya mahu membantu peniaga namun nasib tidak berpihak kepadanya apabila mendapat nasi lemak dengan tekstur sebegitu.

Selain itu, wanita tersebut juga membalas komen netizen dengan berkata nasi lemak itu tidak sedap kerana sambalnya sudah pun masam.

Nasi 1

Apabila diperhatikan juga, hidangan nasi lemak itu agak kosong kerana hanya ada nasi serta sedikit sambal. Namun di ruangan komen, wanita tersebut memberitahu nasi lemak itu tidaklah lengkap seperti nasi lemak biasa.

Nasi 2

Walau bagaimanapun, dia hanya meluahkan rasa terkilan dan tidak mendedahkan di mana lokasi dia memberi nasi lemak itu.

Di ruangan komen, ramai netizen terkilan dengan sikap sesetengah peniaga yang dianggap tidak jujur dan menganiaya pelanggan.

Nasi 3 Nasi 4 Nasi 5

Kesiannya akak ni dapat nasi macam tu. Moga ada rezeki lain lepas ni..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.