Penafian: Artikel ini mengandungi imej sensitif yang mungkin mengganggu segelintir pihak, kebijaksaan pembaca amat diperlukan.
Tak salah nak buat content untuk dimuat naik di media sosial, tapi kita juga perlu menitikberatkan isu keselamatan terhadap diri sendiri mahupun orang sekeliling.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita berdiri di hadapan pintu yang sudah terbuka ketika kereta api sedang bergerak untuk contentnya.
Dalam video itu, kedua-dua tangannya memegang rel pintu dan mengeluarkan sedikit badannya daripada kereta api.
Artikel berkaitan: “Boleh jalan santai lagi” – Demi ‘Photoshoot’ Di Landasan, Pengantin Nyaris Dilanggar Kereta Api Di Tanah Merah
Artikel berkaitan: Tingkap Di ‘Gym’ Terbuka, Wanita Maut Jatuh Dari ‘Treadmill’
Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan badan dari kereta api itu telah menyebabkan kepalanya terhantuk pada salah satu tiang yang berada di landasan.
Ekoran ‘pelanggaran’ itu, wanita terbabit terduduk dan dilihat terpinga-pinga dengan apa yang berlaku sebelum video rakaman itu ditamatkan.
The State Railway of Thailand Issues Safety Warning Following Dangerous Incident
The State Railway of Thailand (SRT) has issued a strict warning to all passengers to adhere to safety regulations while traveling by train. Passengers are explicitly prohibited from hanging onto or… pic.twitter.com/ufXYVLl84H
— Thai Train Guide (@ThaiTrainGuide) August 13, 2024
Alami bengkak & lebam
Susulan tular video itu, State Railway of Thailand (SRT) mengesahkan mangsa berusia 19 tahun itu terselamat dalam kejadian terbabit.
Menurut kenyataan SRT, kejadian berlaku pada 5 Ogos ketika kereta api bergerak perlahan keluar dari Stesen Phatthalung.
Difahamkan, wanita itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memaklumkan tiada kecederaan dalaman, hanya mengalami lebam dan bengkak di kepala.
Sementara itu, pihak SRT mengecam tindakan yang dilakukan penumpang kerana boleh menyebabkan kecederaan serius sehingga boleh membawa kematian.
Sebagai tindak balas, SRT memaklumkan akan meningkatkan pemeriksaan keselamatan dan memberi amaran kepada penumpang yang tidak mematuhi peraturan keselamatan.
Sumber: X