in

“Nak potong tegak atau serong?”- Ini Cara Terbaik Potong Nasi Himpit Agar Dapat Cicah Rendang Lebih Banyak

Nasi Himpit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim perayaan ini, memang syok makan pelbagai juadah raya seperti sate bersama kuah kacang, lontong, rendang, ketupat palas, nasi arab dan nasi himpit.

Jika ada antara anda yang tak tahu atau keliru sama ada nak potong nasi himpit secara menegak atau potong serong, jangan risau, sebenarnya ada individu ini yang telah membuat pengiraan secara matematik tentang cara potong nasi himpit yang lebih efisyen.


Pengiraan tersebut telah dibuat oleh seorang individu yang dikenali sebagai Anwar Farid.

Difahamkan, nasi himpit lebih baik dipotong secara serong kerana potongan serong ini akan menghasilkan luas permukaan yang lebih besar.

Artikel Berkaitan: “Asik ya!” – Siap Minta ‘Tapau’, Lelaki Indonesia Terkedu Bila Tahu Rupanya Termakan Sate Babi

Artikel Berkaitan: “Nak support peniaga tapi…” – Wanita Kecewa Dapat Nasi Lemak ‘Terhimpit’?

Apabila dipotong serong, ia membolehkan anda mencicah nasi himpit tadi dengan lebih banyak rendang atau kuah kacang per unit ketupat.

Menurut pengiraan tersebut, luas permukaan nasi himpit apabila dipotong tegak ialah 15cm2 sahaja, manakala apabila dipotong serong pula, luas permukaan nasi himpit yang sama ialah 30 cm2. 

Bukan itu sahaja, menurutnya juga, nasi himpit yang dipotong secara serong juga adalah lebih mudah untuk dibuka plastiknya berbanding jika dipotong tegak.

Korang pulak lebih suka potong dengan cara mana? Cuba share sikit di ruangan komen.

Sumber: X @AjarMalaysia, Anwar Farid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.