in

Nak Persis Kim Kardashian Punya Pasal, Gadis Sanggup Belanja RM3 Juta Untuk Bedah Muka,Tapi….

Collage 18 1

Semua orang mempunyai artis pujaan yang tersendiri. Tidak kira sama ada dalam atau luar negara, ramai diantara kita yang berlumba-lumba untuk menjadi seperti mereka walaupun terpaksa berhabis duit demi menjadi orang yang kita minati.

Sama seperti kes seorang model Versace, Jennifer Pamploma. Dia telah menghabiskan duit sebanyak $600,000 (RM3.5 Juta) semata-mata untuk dapatkan rupa persis Kim Kardashian. Gila weh!

Menurut artikel yang dipetik daripada New York Post, model antarabangsa yang berumur 29 tahun ini telah menjalani kira-kira 40 pembedahan komestik sepanjang 12 tahun hanya untuk mendapatkan bentuk tubuh badan dan wajah yang mirip seperti Kim Kardashian.

Tapi malangnya, keseronokan itu hanyalah sementara…..

Akhirnya, dia sedar bahawa dia hanya dikenali sebagai ‘kembar’ Kim Kardashian sahaja oleh orang awam dan merasakan dia tidak mempunyai identitinya yang tersendiri.

Screenshot 2022 07 13 At 10.15.40 Am

“Saya berkerja keras untuk menjadi bussinesswoman yang berjaya dan banyak pencapaian yang telah saya lakukan sepanjang kerjaya sebagai model juga, tetapi saya hanya dikenali sebagai Kim Kardashian dan ia sangat menyedihkan.”

Dia juga sedar bahawa ketaksubannya dalam pembedahan komestik telah membawa satu penyesalan terhadap diri dia.

Oleh sebab itu, dia telah menghabiskan duit hampir $120,000 (RM500,000) untuk menjalani pembedahan ‘detransition’ atau pembedahan muka kepada bentuk asal atas sebab ingin menjadi diri dia yang sebenar.

Apa pengajaran yang korang dapat daripada kisah ini? Cuba kongsikan.

Baca: Rasa Diri Tak Cukup Cantik… Lucinta Luna Buat Pembedahan Lagi, Kali Ni Buang Halkum Pula!

Screenshot 2022 07 13 At 10.34.13 Am