in

“Nak pergi sekolah, peroleh SPM” – 2 Beradik Mohon Kaki Palsu, Hilang Sebelah Kaki Lepas Terlibat Kemalangan

dua beradik hilang kaki sebelah sebab kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kuatnya kedua-dua adik beradik ni…  

Dua remaja perempuan terpaksa akur dengan takdir yang ditentukan Allah apabila kedua-duanya dilaporkan hilang salah satu kaki akibat kecederaan yang dialami kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari tahun lepas.


Menceritakan kejadian yang menimpa mereka, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi, 18, berkata, tragedi itu berlaku ketika dia dan kakaknya, Nik Haznita Safiyya Nik Husmadi, 20, dalam perjalanan pulang ke rumah lepas membeli kek di Bera.

2970715

Sewaktu dalam perjalanan itu, saya nampak ada dua kereta di hadapan yang nak masuk ke simpang kiri dan kenderaan kedua berhenti tetapi apabila saya mahu potong, kereta kedua mengubah haluan lalu melanggar saya.

“Ketika itu juga, ada lori kayu getah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak dan melanggar kami. 

“Keadaan terus jadi gelap kerana saya pengsan. Bila sedar, saya berada di atas jalan dan terus minta orang sekeliling hubungi bapa,” katanya.

Artikel berkaitan: Rim Besi Dari Tayar Lori Yang Dipercayai Jadi Punca Kemalangan Di Ayer Keroh Ditemui Polis

Artikel berkaitan: Lelaki Putus Dengan Kekasih Kerana Bimbang Jadi Kudung Lepas Kemalangan, Namun Tanpa Disangka…

Kakak hilang kaki dahulu, kemudian adik 

Nik Haziera berkata, akibat kemalangan itu, dia mengalami 11 kecederaan daripada bahu hingga ke kaki. Menurutnya lagi, sebelum ini, hanya kakaknya saja yang perlu melakukan pembedahan untuk memotong kaki kerana kecederaan parah pada bahagian itu.

Namun pada 13 Januari lepas, doktor memaklumkan bahawa kakinya juga tidak dapat diselamatkan kerana kegagalan saraf dan tidak akan sembuh.

@azieraaw

hopefully this is the last op. Thankyou so much to all doctors for helping me. ❤️

♬ original sound – K H A I – K H A I

Pada mulanya sukar untuk saya terima apa yang terjadi sebab saya tidak dapat ke sekolah dan berjalan tetapi lama kelamaan… Alhamdulillah saya sudah redha dengan ketentuan-Nya.

“Bagaimanapun, saya berharap agar segera mendapat kaki palsu supaya saya boleh pergi ke sekolah untuk menamatkan pelajaran dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti rakan-rakan yang lain,” katanya.

@azieraaw

magic

♬ The Good Part – AJR

Keluarga mohon ihsan beri kaki kepada dua anak 

Dalam pada itu, ibu adik beradik ini, Noriah Adjun, 43, memohon ihsan daripada orang ramai atau pihak berkepentingan untuk berikan bantuan kaki palsu kepada kedua-dua anaknya yang terlibat dalam kemalangan.

2970714

Menurut Noriah, pendapatan keluarganya kini hanya bergantung dengan perniagaan cendol anak lelakinya dan pencen suami untuk tampung kos perbelanjaan dan perubatan anak-anak.

Keluarga ini juga difahamkan menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada setiap seorang mangsa kemalangan.

Saya benar-benar mengharapkan ada pihak yang tampil untuk memberi bantuan kepada anak-anak, ditambah pula dengan anak ke empat saya kini turut diuji dengan ketumbuhan di otak.

“Sebelum ini, kakak (Nik Haznita Saffiya) pernah minta kaki palsu dengan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tuanku berkata akan beri tiga kaki baru, namun perbualan tamat setakat itu sahaja.

“Kami tidak tahu bagaimana nak berhubung semula dengan Tuanku untuk mendapatkan bantuan tersebut dan hanya mampu berharap agar permintaan saya kali ini dapat ditunaikan,” jelasnya.

Bagi mereka yang ingim hulurkan bantuan kepada keluarga ini, korang boleh saja hulurkan derma ke akaun bank Nik Haziera Saffiya (006203148677 – Maybank) atau menghubungi ibunya di talian (014-2963645).

Kita doakan semoga urusan keluarga ini dipermudahkan semuanya. Amin. 

Sumber: Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.