Individu yang melakukan aktiviti memasak menggunakan dapur gas di stesen minyak di Genting Highland telah dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Dalam prodising tersebut, Majistret Nadhratun Naiem Zainan ada bertanyakan kepada empat individu yang melakukan aktiviti tersebut mengapa mereka memasak di stesen minyak.
Tertuduh pertama, Fadhli Zil Ikram mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu mahkamah pada awalnya mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun semuanya sudah penuh.
Jadi, mereka memasak di kawasan stesen minyak berkenaan kerana beranggapan bahawa kedudukan tempat mereka memasak itu cukup jauh dari nozel minyak dan ia berada di laluan tandas.
Manakala tertuduh kedua, Nur Fatin Irdina berkata, perbuatan tersebut adalah secara rawak kerana mereka lapar tanpa memikirkan bahaya yang timbul di kawasan stesen minyak berkenaan.
Artikel berkaitan : Polis Tahan 15 Individu Masak Mi Segera Di Stesen Minyak
Artikel berkaitan : Pakcik Shell Jelaskan Kenapa Masak Mi Dekat Stesen Minyak Bahaya, Walaupun Jauh Dari Pam!
Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Bentong hari ini, tertuduh yang juga ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran (peniaga kedai makan), Nur Fatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan) dan Nur Anis Salleh (pembantu pergigian) masing-masing berusia 24 tahun dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.
Mereka semua mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan meminta agar denda dapat dikurangkan kerana mereka perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik, selain ia merupakan kesalahan pertama mereka.
Kesemua tertuduh kemudian dikenakan hukuman denda sebanyak RM 500.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dalam mencapai niat bersama kira-kira pukul 1.30 pagi pada 12 Mei lalu telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands.
Sumber : Kosmo!